16/04/2026
Rabu
15/04/26
8 malam
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Raya Sekampung Bangsa Johor JPKK Kampung Senibong.
Sekalung penghargaan khusus ditujukan kepada Yang Berhormat Haji Baharudin bin Taib, ADUN Permas, atas kesudian hadir serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Turut dihargai barisan pegawai-pegawai UMNO Bahagian yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang padu.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada penghulu serta ketua-ketua kampung Mukim Plentong yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini
Tidak dilupakan, penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (JPKK) yang telah memberikan tenaga, masa dan usaha tanpa jemu dari awal hingga akhir program. Komitmen yang ditunjukkan amatlah dihargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh penduduk komuniti Mukim Plentong yang hadir memeriahkan majlis serta menunjukkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang tinggi.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan dan ganjaran yang setimpal. Diharapkan program seperti ini akan terus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.