Messrs. Akmal Shamsul Kahar & Co

Messrs. Akmal Shamsul Kahar & Co Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Messrs. Akmal Shamsul Kahar & Co, Corporate lawyer, Kuala Lumpur.

At ASKCO, we believe that continuous learning is the key to excellence. Today, we have taken another step forward in our...
14/08/2025

At ASKCO, we believe that continuous learning is the key to excellence.

Today, we have taken another step forward in our commitment to developing our team’s expertise by sending our staff to attend a specialised training programme on Key Cross Border Mergers and Acquisitions and Due Diligence Considerations.

This training equips our people with the latest industry insights, legal frameworks, and strategic considerations essential for handling complex cross-border transactions.

By deepening our knowledge in due diligence and M&A best practices, we are ensuring that ASKCO remains well-positioned to deliver high-quality, compliant, and value-driven solutions for our clients.

We are committed to nurturing talent at ASKCO, knowing that as our people grow alongside us, they empower our clients and fuel our continued success.

LABUR RM47 JUTA DALAM FASHIONVALET, KHAZANAH DAN PNB HANYA TERIMA RM3.1 JUTA HASIL JUALAN SAHAMKhazanah Nasional Berhad ...
30/10/2024

LABUR RM47 JUTA DALAM FASHIONVALET, KHAZANAH DAN PNB HANYA TERIMA RM3.1 JUTA HASIL JUALAN SAHAM

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual hasil saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023. Hasil penjualan saham tersebut bagaimanapun membuatkan Khazanah dan PNB hanya memperolehi RM3.1 juta.

Sebelum ini, sebanyak RM47 juta telah dilaburkan oleh Khazanah dan PNB pada tahun 2018 sebagai pegangan minoriti dalam Fashion Valet dengan nilai pelaburan masing-masing adalah RM27 juta dan RM20 juta. Pelaburan itu dilakukan sebagai salah satu usaha untuk menyokong sektor e-dagang tempatan.

Kementerian Kewangan (M*F) dalam persidangan Dewan Rakyat semalam (28 Oktober) menjelaskan bahawa pandemik Covid-19 telah menjadi faktor Fashion Valet terjejas dan ia sekaligus menyebabkan mereka memerlukan modal baharu bagi meneruskan perniagaan.

Pada akhir 2023, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu. Semua pemegang saham bersetuju menerima tawaran berkenaan.

Jelas M*F lagi, jumlah kerugian hasil daripada penjualan saham itu agak kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pendapatan yang dijana oleh dua buah syarikat ini pada tahun tersebut.

M*F juga mengatakan bahawa penjualan itu adalah langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar.

Apakah perundangan yang terlibat melalui isu ini?

Walaupun FashionValet adalah syarikat swasta, beberapa pelaburnya tidak. PNB dan Khazanah Nasional, kedua-duanya merupakan dana pelaburan negara, dilaporkan telah melabur jutaan ringgit pada akhir 2018 dan awal 2019 melalui pusingan pelaburan Siri C, walaupun ketika itu ramai mempersoalkan tentang kerugian yang dialami oleh Kump**an syarikat tersebut.

Berita terkini mengenai hasil jualan saham oleh PNB dan Khazanah dalam FV telah menjadi hangat, oleh kerana saham tersebut dijual pada harga yang sangat rendah, dan secara faktanya, ianya telah menyebabkan kerugian yang agak besar kepada PNB dan Khazanah (jumlahnya masih belum dimaklumkan secara rasmi).

Ada beberapa perkara yang kitab oleh lihat dari aspek perundangan di sini:

1. PNB dan Khazanah adalah Pemegang Saham Minoriti di dalam FV

Pada Disember 2023, pegangan Khazanah dalam FV adalah 9%, yang mana Khazanah adalah minority shareholder dalam FV. Namun, pelaburan yang dibuat di dalam FV adalah berdasarkan penilaian Syarikat pada nilai melebihi RM300 juta pada Ketika ia mahu menerima pelaburan daripada Khazanah.

Sebagai pemegang saham minoriti di dalam FashionValet, PNB dan Khazanah memiliki beberapa hak dan keistimewaan yang dilindungi oleh undang-undang dan prinsip corporate governance.

Antaranya seperti hak untuk mengundi, hak untuk menghadiri dan terlibat dalam Mesyuarat Agung Syarikat, hak untuk mencadangkan agenda di dalam Mesyuarat Agung Syarikat, akses kepada maklumat Syarikat, hak untuk meminta penjelasan daripada Ahli Lembaga Pengarah mengenai apa-apa keputusan yang dibuat, hak untuk menjual saham, hak kepada dividen dan juga perlindungan kepada pemegang saham minority yang termaktub di dalam Akta Syarikat 2016.

Berkaitan dengan penjualan saham, jika terdapat sebarang tawaran pembelian saham daripada pihak ketiga untuk saham di dalam Syarikat, maka pemegang saham minority berhak kepada perlindungan yang diberikan oleh Akta Syarikat 2016, Seksyen 346 atas alasan “penindasan” atau “oppression”.

Jika kita lihat dalam perkara penjualan saham PNB dan Khazanah ini, mereka menerima tawaran daripada pihak ketiga, iaitu NXBT Partners, untuk membeli saham mereka, dan mereka serta kesemua pemegang saham lain menerima tawaran itu, dan menjadikan NXBT Partners sebagai Majority Shareholder di dalam FV.

Maka, secara ringkasnya, ianya adalah dengan persetujuan kesemua pemegang saham dan PNB dan Khazanah sendiri dan tak timbul isu penindasan di dalam perkara ini.

2. Keputusan yang dibuat oleh PNB dan Khazanah untuk melepaskan pegangan saham tersebut.

M*F menyatakan bahawa Keputusan untuk melepaskan pegangan saham tersebut merupakan satu “Langkah keluar yang bertanggungjawab” oleh Khazanah dan PNB, daripada FV kepada pelabur strategik.

Menilai sama ada penjualan saham Fashiovalet oleh PNB dan Khazanah adalah langkah yang bijak memerlukan pertimbangan terhadap beberapa faktor:

A. Analisis Pasaran

Trend Pasaran: Jika pasaran e-dagang sedang berkembang dan Fashiovalet menunjukkan pertumbuhan yang positif, menjual saham mungkin dilihat sebagai langkah kurang bijak.

Namun, jika terdapat tanda-tanda kelewatan atau perubahan hala tuju oleh syarikat, ini mungkin langkah tepat.
Persaingan: Kekuatan dan strategi pesaing juga perlu diambil kira. Jika pesaing menguasai pasaran, menjual saham mungkin membantu mengelak kerugian lebih besar.

B. Keadaan Kewangan Fashiovalet

Kestabilan Kewangan: Penjualan saham boleh dianggap bijak jika Fashiovalet mengalami masalah kewangan yang boleh memberi kesan negatif terhadap nilai saham di masa depan.

C. Strategi Pelaburan Jangka Panjang

Diversifikasi Portfolio: Penjualan boleh membantu PNB dan Khazanah mengalihkan dana ke pelaburan lain yang lebih menguntungkan atau stabil, meningkatkan diversifikasi.

Fokus kepada Sektor Lain: Jika mereka merancang untuk melabur dalam sektor yang lebih strategik atau berpotensi, langkah ini boleh dilihat sebagai bijak.

D. Peluang

Peluang Pelaburan Baru: Jika hasil penjualan digunakan untuk melabur dalam peluang baru yang lebih berpotensi, langkah ini boleh menjadi sangat menguntungkan.

3. ASPEK TADBIR URUS KORPORATE (CORPORATE GOVERNANCE) DI DALAM PERKARA INI

Bagi melihat dan menilai sama ada penjualan saham oleh PNB dan Khazanah dalam Fashiovalet mematuhi prinsip corporate governance, kita perlu lihat beberapa aspek penting:

A. Ketelusan

Pengumuman dan Penjelasan: Sekiranya PNB dan Khazanah mengumumkan penjualan ini dengan jelas dan memberikan alasan yang tepat, ia menunjukkan ketelusan. Ketelusan adalah salah satu prinsip utama corporate governance yang membolehkan pemegang saham dan pelabur memahami keputusan yang diambil.

B. Tanggungjawab dan Akauntabiliti

Tanggungjawab Pengurusan: Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab atas keputusan pelaburan yang dibuat. Jika keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang teliti dan pemahaman terhadap risiko, ia mencerminkan tahap akauntabiliti yang baik.

C. Strategi Jangka Panjang

Fokus kepada Kepentingan Jangka Panjang: Sekiranya penjualan ini adalah sebahagian daripada strategi untuk memperbaiki kedudukan kewangan jangka panjang atau untuk mengalihkan sumber kepada pelaburan yang lebih berpotensi, ia juga dianggap sebagai langkah yang mematuhi prinsip corporate governance.

D. Pengawasan dan Kawalan

Proses Keputusan: Keputusan untuk menjual saham perlu melalui proses pengawasan dan kawalan yang betul, termasuk mendapatkan pandangan daripada lembaga pengarah dan penasihat kewangan.

Penilaian Risiko: Penilaian risiko yang tepat sebelum penjualan adalah penting. Jika keputusan dibuat tanpa analisis yang memadai, ia mungkin mencerminkan kegagalan dalam corporate governance.

E. Kepentingan Pemegang Saham

Merealisasikan Nilai untuk Pemegang Saham: Jika penjualan saham adalah untuk memaksimakan nilai bagi pemegang saham dalam konteks yang lebih luas, ia menunjukkan pematuhan kepada prinsip corporate governance.

4. PENJUALAN SAHAM PADA HARGA LEBIH RENDAH ATAU “AT A LOSS”.

Dalam konteks undang-undang syarikat di Malaysia, pemegang saham mempunyai hak untuk menjual saham mereka pada harga yang mereka pilih, termasuk harga yang lebih rendah daripada harga belian atau harga semasa berdasarkan penilaian syarikat. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan:

A. Hak Menjual Saham

Pemegang saham berhak untuk menjual saham mereka pada bila-bila masa. Tiada sekatan undang-undang yang menghalang mereka daripada menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga belian.

B. Harga Pasaran

Harga jualan biasanya ditentukan oleh keadaan pasaran semasa, termasuk permintaan dan penawaran. Pemegang saham boleh menjual saham mereka berdasarkan harga pasaran yang wujud pada masa penjualan atau bergantung kepada penilaian syarikat.

C. Pertimbangan Strategik

Walaupun pemegang saham boleh menjual pada harga yang lebih rendah, keputusan untuk berbuat demikian harus diambil dengan mempertimbangkan situasi kewangan syarikat, prospek masa depan, dan tujuan pelaburan mereka.

D. Kepentingan Pemegang Saham Lain

Dalam beberapa kes, jika penjualan saham oleh pemegang saham tertentu dapat menjejaskan nilai saham syarikat secara keseluruhan, pemegang saham lain mungkin mempunyai kebimbangan. Namun, secara umum, setiap pemegang saham bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri.

E. Pemberitahuan dan Prosedur

Pemegang saham harus mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh syarikat untuk menjual saham, termasuk memenuhi syarat yang mungkin ditetapkan dalam perjanjian pemegang saham atau undang-undang syarikat.

KESIMPULANNYA,

Penjualan saham PNB dan Khazanah di dalam FV pada harga yang terlalu rendah ini masih hangat, dan tanpa sebarang maklumat terperinci yang dinyatakan sama ada di pihak PNB dan Khazanah, dan juga FV sendiri, maka segalanya masih lagi hanya spekulasi Sahaja.

Namun, secara undang-undangnya, tiada halangan untuk PNB dan Khazanah menjual dan melepaskan pegangan saham mereka pada harga tersebut.

Walau bagaimanapun, isu corporate governance tidak boleh dipandang mudah, apatah lagi PNB dan Khazanah adalah Syarikat umum (berhad), yang mana pematuhan kepada corporate governance adalah dititikberatkan pada setiap masa.

Jika dilihat daripada sedikit maklumat yang boleh didapati secara umum, nampaknya segala peraturan telah dipatuhi dalam kes penjualan saham ini secara undang-undangnya, dan tiada isu “minority oppression” yang timbul, dan ianya adalah berdasarkan prinsip “agreed buyer agreed seller”.

Namun, Masyarakat juga berhak untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan perkara ini, lebih-lebih lagi Khazanah merupakan Syarikat yang menguruskan dana dan pelaburan untuk negara.

Akmal SK
Corporate Lawyer

Akmal SK l The Corporate Mind

30/10/2024

Pencairan saham/share dilution boleh menjadi masalah serius bagi pemegang saham. Apabila syarikat mengeluarkan saham baru, nilai saham sedia ada mungkin terjejas.Lindungi hak anda melalui Shareholders Agreement

It is always gonna be ASKCO’s aspiration to be recognised as a market leader in corporate finance and capital market pra...
29/10/2024

It is always gonna be ASKCO’s aspiration to be recognised as a market leader in corporate finance and capital market practise in Malaysia.

Our humble steps and beginning.

Hari ini adalah hari yang bersejarah menjalankan meeting bersama dengan Security Commission bagi perbincangan on our Capital Market practises and advises on all forms of capital market offerings based on our capability and depth of experience.

Every step forward builds the foundation for our future success.

Incredibly grateful for the chance to sit down with Security Commission and share our determination on this venture.

Onwards and Upwards ASKCO and Corporate Mind Group!

3 jenis shareholders meetings yang sangat crucial bagi memastikan kestabilan syarikat dan syarikat boleh expand dengan l...
28/10/2024

3 jenis shareholders meetings yang sangat crucial bagi memastikan kestabilan syarikat dan syarikat boleh expand dengan lebih jauh.

1. ANNUAL GENERAL MEETING (AGM)

The Annual General Meeting (AGM) dijalankan untuk pemegang saham berbincang perkara yang berkaitan dengan company’s affairs and business dan interact with the company directors.

AGM biasanya dijalankan secara tahunan.

Semua syarikat baru perlu menjalankan meeting AGM yang pertama within 18 months after its
incorporation date.

Biasanya AGM can be called by two or more members who own at least 10% of the company’s share capital.

Tujuan AGM biasanya adalah untuk antaranya :
1. Perlantikan new director
2. Declaration of dividends
3. Remuneration of directors

2. EXTRAORDINARY GENERAL MEETINGS

EGM is a general meeting that is not EGM and can sometimes be referred to as special general
meeting or emergency general meeting.

EGM biasanya untuk membincangkan URGENT matter seperti removal of important company
members.

There are no requirement regarding when EGM must be held in Malaysia.

EGM can be called by 2 or more members who own at least 10% of company’s share capital

After the request has been submitted, the company directors must decide whether to approve or reject the EGM.

Even if the directors deny the EGM, members representing more than half voting rights can convene the EGM.

3. CLASS MEETING

Class Meeting adalah shareholder meeting untuk syarikat yang issue 2 classes of shares yang berbeza iaitu ordinary shares and preference shares.

Meeting ini biasanya dilakukan when the rights of the holder of a class of shares are to be altered, varied or affected.

Kesimp**annya, 3 jenis shareholder meeting ini adalah sangat crucial for company’s management.

Contact ASKCO to ensure your company complies with the regulations and laws and to avoid any imposition of penalty for non-compliance.

Akmal SK l The Corporate Mind

GOOGLE LABUR RM9.4 BILLION UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT DATA, WILAYAH “GOOGLE CLOUD” DI MALAYSIA.Google mengumumkan pelaburan...
28/10/2024

GOOGLE LABUR RM9.4 BILLION UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT DATA, WILAYAH “GOOGLE CLOUD” DI MALAYSIA.

Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion ($2.7 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google, iaitu ‘Google Cloud’, pertama di Malaysia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (Miti) menyatakan bahawa ia dijangka akan menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion.

Malaysia akan menyertai wilayah awan, atau cloud region, bersama 40 wilayah dan 121 zon yang kini beroperasi di seluruh dunia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan awan di peringkat tempatan dan sejagat.

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani sebelum ini antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Google pada bulan November tahun lalu.

Pada tahun 2021, Malaysia mencatatkan
aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (“FDI”) bersih yang lebih tinggi sebanyak RM48.1 bilion
berbanding RM13.3 bilion pada tahun 2022 berikutan pemulihan ekonomi global yang beransur-ansur selepas pandemik COVID-19.

Secara umumnya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang, peraturan atau garis panduan spesifik yang mengatur kesemua FDI sebagai pelaburan asing di Malaysia.

Pelaburan asing di Malaysia diatur oleh peraturan khusus sektor yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Pada masa ini, hanya terdapat sekatan yang minimum terhadap FDI di Malaysia dan pelabur asing boleh memegang sehingga 100% ekuiti dalam semua pelaburan dalam projek baru di sektor tertentu.

Keterlibatan FDI di pelbagai sektor biasanya diatur oleh kelulusan regulatori seperti permit dan lesen, had pemilikan ekuiti asing, atau keperluan untuk pemilikan ekuiti minimum oleh rakyat Malaysia atau Bumiputera dalam pelaburan yang dicadangkan.

Sektor teknologi Malaysia, terutamanya semikonduktor, ekonomi digital, dan ekosistem start-up, semakin menarik pelaburan asing.

Selama lebih dua dekad, Malaysia telah melabur
dalam infrastruktur digital dan pembangunan modal insan melalui program-program seperti Koridor Super Multimedia (MSC) kini dikenali sebagai Malaysia Digital (MD), Pelan Induk Ekonomi Digital Negara (MyDIGITAL), dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Dengan syarat yang mudah, dan. sekatan yang agak minimum, ditambah dengan inisiatif dan insentif yang diberikan mengikut kategori sektor-sektor tersebut, Malaysia dapat menarik banyak pelaburan asing ke dalam negara dan ini dapat memberikan impak yang positif secara keseluruhannya.

Antara sekatan atau syarat yang ditetapkan, mengikut sektor, adalah keperluan untuk menubuhkan sebuah Syarikat di Malaysia dibawah Akta Syarikat 2016.

Ini menjadi keperluan bagi memastikan bahawa
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan juga undang-undang Malaysia akan terpakai kepada Syarikat itu dan juga aktiviti perniagaan mereka, walaupun dipunyai sepenuhnya oleh pemilik asing.

Akmal SK l The Corporate Mind

14/10/2024

Shareholder,kita tak perlu declare conflict of interest. Boleh jadi shareholder dalam 2 syarikat yg berurusan sesama mereka sbb shareholder tak terlibat dalam pengurusan Syarikat, dan tak mempunyai kuasa administrative. Kalau director, lain ceritanya.

SURUHANJAYA SEKURITI DEDAH PENIPUAN GUNA DOKUMEN PELABURAN (IM - MEMORANDUM MAKLUMAT) PALSUSuruhanjaya Sekuriti (SC) mem...
25/09/2024

SURUHANJAYA SEKURITI DEDAH PENIPUAN GUNA DOKUMEN PELABURAN (IM - MEMORANDUM MAKLUMAT) PALSU

Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada
orang ramai.

SC menyatakan taktik ini mendakwa secara palsu bahawa IM tersebut telah diserah atau
disahkan oleh SC.

Di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), syarikat awam tidak tersenarai yang mengeluarkan IM untuk mengumpul dana dikehendaki menyerahkannya kepada SC dalam tempoh tujuh hari selepas terbitan kepada bakal pelabur.

Bagaimanapun, penyerahan IM tersebut bukanlah dianggap sebagai pengesahan oleh SC.

Dalam kes ini, SC mendapati syarikat tersebut memberi gambaran kepada pelabur bahawa ia telah mengeluarkan IM yang kononnya diserahkan dan disahkan oleh SC, sekali gus mengelirukan pelabur dan memberikan kredibiliti kepada skim pelaburannya.

Tindakan segera telah diambil terhadap syarikat
sebegini termasuk memfailkan laporan polis dan memasukkan syarikat itu dalam Senarai Makluman Pelabur SC di https://www.sc.com.my/investor-alert-list.

SC memandang serius perkara ini kerana
tindakan sedemikian boleh menyebabkan orang ramai percaya bahawa SC menyokong dan meluluskan produk pelaburan berkaitan

Apakah Undang-Undang Berkaitan?

Saban hari sekarang semakin banyak kes dilaporkan mengenai penipuan pelaburan yang berlaku di Malaysia.

Ramai mangsa yang hilang dan lebur sehingga jutaan ringgit disebabkan penipuan sebegini.

Modus operandi yang biasa dibuat adalah, mereka akan menyalahgunakan nama SC untuk dikaitkan dengan produk pelaburan mereka dan demi mendapatkan keyakinan daripada orang awam.

Semua produk pelaburan di Malaysia, terutamanya melibatkan dana awam, adalah ditadbir dibawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”), dan diurustadbir oleh SC.

Maka, perkara paling asas yang perlu kita ingat adalah, jika ada produk pelaburan yang tak didaftarkan mengikut undang-undang ini,
maka ianya perlu dijauhi serta-merta.

Namun, disebabkan ada Syarikat yang menyalahgunakan nama SC, dengan menyatakan bahawa Information Memorandum (“IM”) mengenai produk mereka telah pun diserahkan dan disahkan oleh SC,maka ramai yang akan terpedaya.

Oleh sebab itu, penting untuk orang awam faham, sekurang-kurangnya secara asas, perkara berikut:

(i) Segala produk pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat awam tak tersenarai atau unlisted public companies (“UPC”) adalah tertakluk kepada CMSA dan juga guidelines yang dibuat dibawah Akta tersebut.

Antara contohnya adalah “Guidelines on Unlisted Capital Market Products under the
Lodge and Launch Framework” dan “Guidelines on Offer of Shares by Unlisted Public Companies
to Sophisticated Investors”
(ii) Secara asasnya, di dalam kedua-dua Guidelines ini menyatakan bahawa untuk UPC menawarkan produk pelaburan, maka mereka adalah tertakluk kepada penyerahan IM kepada SC sebelum penawaran dibuat.

(iii) IM ini p**a hendaklah dengan menyatakan seperti berikut (BOLD):

“The Securities Commission Malaysia has not authorised or recognised the fund and a copy of
this offering document has not been registered with the Securities Commission Malaysia. The
lodgement of this offering document should not be taken to indicate that the Securities
Commission Malaysia recommends the said fund or assumes responsibility for the correctness of any statement made, opinion expressed or report contained in this offering document.The Securities Commission Malaysia is not liable for any non-disclosure on the part of the [fund management company or operator] responsible for the said fund and takes no responsibility for the contents in this offering document. The Securities Commission Malaysia makes no representation on the accuracy or completeness of this offering document, and expressly disclaims any liability whatsoever arising from, or in reliance upon, the whole or any part of its contents.”

Kesimp**annya,

Jika dilihat daripada Guidelines, jelas menyatakan bahawa IM hendaklah memasukkan perenggan di atas.

Mungkin ada Syarikat UPC yang memasukkan perenggan tersebut dalam IM mereka, tapi mereka dengan sengaja menyalahgunakan nama SC, dengan menyatakan bahawa IM mereka telah disahkan oleh SC.

Ini merupakan satu misrepresentasi dan penipuan. Ini kerana dengan jelas perenggan di atas menyatakan bahawa SC tak mengesahkan dana ataupun tawaran yang dibuat dan penyerahan dokumen tak boleh dianggap sebagai pengesahan. Ianya hanyalah untuk tujuan REKOD SAHAJA di pihak SC, dan ini dapat memudahkan pihak SC untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu, jika berlaku sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Orang awam juga perlu sedar dan baca IM sepenuhnya, dan jika terdapat sebarang kenyataan daripada Syarikat yang bercanggah dengan IM yang disediakan, maka ianya adalah petunjuk paling besar bahawa Syarikat itu mungkin adalah scammer, dan produk pelaburan yang ditawarkan adalah produk penipuan pelaburan!

Akmal SK
Corporate Lawyer

KHIDMAT KONTRAKTOR KANTIN MRSM TAIPING DITAMATKAN, MARA BAWA KES KE MAHKAMAH Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah menamatka...
20/09/2024

KHIDMAT KONTRAKTOR KANTIN MRSM TAIPING DITAMATKAN, MARA BAWA KES KE MAHKAMAH

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah menamatkan kontrak pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, selepas mereka gagal menjawab notis remedi yang dikeluarkan MARA sehingga tamat tempoh pada jam 5 petang sewaktu notis dikeluarkan.

Berikutan itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya akan mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi di mahkamah terhadap kontraktor itu yang melanggar kontrak dalam penyediaan makanan kepada pelajar.

Beliau berkata, notis remedi dikeluarkan kepada kontraktor pada 4 September lalu, selepas kes keracunan makanan berlaku secara berulang di dewan selera MRSM Taiping, disusuli dengan tinjauan mengejut dilakukannya sendiri yang mendapatikeadaannya terlalu kotor, selain kontraktor gagal mematuhi menu yang perlu disediakan kepada pelajar.

MARA akan menyaman dan membuat tuntutan ganti rugiterhadap kontraktor itu atas pelbagai kesalahan, termasuk melanggar kontrak, tidak menjaga kebersihan hingga membawa kepada berlaku kes keracunan makanan pelajar MRSM Taiping.

Apakah undang-undang yang boleh dikaitkan?

Perkara yang sama seperti ini pernah dilaporkan berlaku sebelum ini juga, dimana pihak yang bertanggungjawab di dalam kontrak tersebut, tak menjalankan tanggungjawabnyaseperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Cuma, lebih teruk dalamkes ini adalah dimana kesan daripada perlanggaran kontrak itu, membawa kepada kesan kesihatan yang dialami oleh pelajar-pelajar MRSM tersebut.

Apa yang boleh kita belajar daripada kes ini adalah, menolak aspek politik dan lain-lainnya, dan meneliti secara undang-undang Sahaja, adalah seperti berikut:

(i) Konsep perlanggaran kontrak adalah keadaan di mana satu pihak gagal memenuhi obligasinya, seperti yang dinyatakandi dalam kontrak. Kegagalan mematuhi obligasi ini tak semestinya kegagalan sepenuhnya, namun, kegagalanmematuhi sabahagian atau tidak memenuhi standard yang dinyatakan.

(ii) Terdapat beberapa jenis perlanggaran kontrak, iaitu “Breach of Condition” dimana perlanggaran itu melibatkan terma yang utama dan penting dan “Breach of Warranty” di mana perlanggaran tersebut melibatkan terma yang bukan utama, dan kegagalan mematuhi terma tersebut tidak menyebabkan kegagalan perjalanan kontrak tersebut.

(iii) Kerugian yang boleh dituntut oleh pihak yang terkesan akibat perlanggaran kontrak tersebut adalah ganti rugi kewangan, “specific performance” atau pembatalan(“rescind”) kontrak secara keseluruhannya.

(iv) Biasanya, di dalam kontrak, sebelum penamatan kontrak dibuat, pihak yang melakukan perlanggaran kontrak akan diberi peluang untuk meremedikan perlanggaran tersebut, melalui satu notis yang dipanggil sebagai “Notice to Remedy”. Jika pihak tersebut gagal untuk meremedikan perlanggaran tersebut, maka pihak satu lagi berhak untukmenamatkan kontrak dan menuntut sebarang pampasankerugian yang dialami.

(v) Satu perkara yang perlu difahami berkenaan dengan Notice to Remedy ini adalah, jika pihak yang melakukankemungkiran atau perlanggaran kontrak gagal mematuhi Notice to Remedy ini, maka kes tuntutan ke atas mereka akan jadi lebih kuat bagi pihak yang menuntut. Ini kerana kegagalan ini akan dilihat sebagai perbuatan yang disengajakan dan pihak tersebut memang tidak berniat untuk membetulkan dan meremedikan kegagalan mereka.

Kesimp**annya,

Daripada kes yang berlaku ini, dilihat MARA telah menggunakan hak mereka sebagai pihak yang terkesan di dalam kontrak yang mereka tandatangani bersama dengan kontraktor pengusaha kantin tersebut.

Mereka juga telah menghantar Notice to Remedy kepada kontraktor tersebut namun tiada sebarang tindakan daripada pihak kontraktor.

Oleh sebab itu, secara undang-undangnya, MARA berhak untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor tersebut dan menuntut pampasan daripadakontraktor tersebut.

Akibat daripada penamatan ini, dan kegagalan memberikanKerjasama atau mematuhi Notice to Remedy tersebut, kontraktor itu berkemungkinan untuk berhadapan dengan risiko perlu membayar jumlah pampasan yang tinggi, iaitu pampasan dalam bentuk gantirugi am, dan juga gantirugi khas, terutamanya apabila perlanggaran ini mengakibatkan kesan kesihatan kepada murid-murid MRSM tersebut.

Akmal SK
Corporate Lawyer

CARSOME DAPAT PEMBIAYAAN LEBIH RM200 JUTA KEMBANGKAN PERNIAGAAN Platform e-dagang kereta bersepadu, Carsome Group Inc, h...
18/09/2024

CARSOME DAPAT PEMBIAYAAN LEBIH RM200 JUTA KEMBANGKAN PERNIAGAAN

Platform e-dagang kereta bersepadu, Carsome Group Inc, hariini mengumumkan bahawa ia memperoleh lebih RM200 juta pembiayaan daripada AMMB Holdings Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) untuk menyokong rancanganpengembangannya.

Pengembangan itu termasuk mempercepatkan pembiayaan, insurans, khidmat selepas jualandan tawaran sampingan lain untuk menyediakan penyelesaiansehenti yang komprehensif kepada peniaga serta pelanggan.

Dengan sokongan pembiayaan tambahan dan keupayaan diitunjukkan, Carsome akan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan skala dan mengembangkan lagiperniagaan. Ini akan membolehkan Carsome memberiperkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada dan baharu sepanjang perjalanan pemilikan kenderaan mereka.

Carsome itu telah membina rekod prestasi operasi yang kukuh, dan mencapai pinjaman tidak berbayar di bawah 2% untuksektor runcit dan 0.1% untuk sektor borong.

Carsomemeneruskan aliran pertumbuhan yang menguntungkan sejak Disember 2023, melaporkan urus niaga sekitar 35,000 kenderaan dan peningkatan hasil suku ke suku sembilan peratuskepada lebih AS$310 juta (RM1.3 bilion) pada suku kedua2024.

Carsome merupakan sebuah Syarikat berasal daripada Malaysia, dan ditubuhkan oleh 2 orang pengasasnya, iaitu Eric Cheng dan Jiun Ee Teoh.

Mereka menubuhkan Carsome untuk menjadi satu platform e-commerce jualan kereta terpakai, yang memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin memiliki kereta terpakai.

Apa yang menarik yang ditawarkan adalah kemudahan dalam memiliki kereta terpakai ini yang boleh dibuat sepenuhnyasecara online.

Unique Selling Point atau USP mereka adalah trust and transparency, di mana dari aspek “trust”, mereka menyediakan satu ekosistem lengkap bermula pemeriksaan kereta yang akandijual siap Bersama laporan pemeriksaan 175-poin dan juga Sejarah kereta tersebut, di mana sebarang kecacatan yang ditemui akan dilaporkan dalam laporan tersebut, semuanyaboleh dilihat terlebih dahulu oleh bakal pelanggan.

Mereka juga menyediakan khidmat keseluruhan, daripada tempahan untukpandu uji, bantuan dalam menyediakan dokumen dan permohonan pembiayaan, malah sehingga penghantaran kereta.

Dari aspek “transparency” p**a, harga yang dipaparkan di laman web mereka merupakan harga akhir dan tiada sebarang cas tersembunyi dan bakal pelanggan tak perlu risau akan perlumembayar lebih daripada harga yang dipaparkan.

Untuk pembiayaan terbaru ini, ianya adalah dalam bentuk financing line.

Jadi apa sebenarnya financing line ini? Ianyasama seperti credit line, yang mana Syarikat diberikan satu had pembiayaan, dalam kes ini, sebanyak RM200 juta.

Jumlah ini bukanlah diberikan secara lump sum, tapi Carsome bolehmembuat pengeluaran pembiayaan hanya untuk jumlah yang diperlukan pada masa yang tertentu Sahaja.

Beberapa perkara yang kita boleh dapat daripada kisah ini:

(i) Untuk memperkukuhkan jenama dan bisnes Syarikat, USP Syarikat adalah sangat penting untuk diutamakan, bagimembina kepercayaan. Apabila pelanggan percaya terhadapbisnes kita, jenama kita akan menjadi semakin kukuh;

(ii) Dengan keadaan kewangan dan juga prestasi credit score dan NPL yang baik, akan banyak pihak yang bersedia untukmenyokong bisnes kita, sama ada institusi kewangan, ataupun pelabur;

(iii) Dana yang didapati daripada pembiayaan atau pelaburan, hendaklah diuruskan dengan baik, dan pastikan dilaburkan semula untuk Pembangunan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Akmal SK
Corporate Lawyer

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60122914383

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs. Akmal Shamsul Kahar & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share