Curahan Hati

Curahan Hati Curahan hati adalah tempat untuk anda luahkan apa saja yang ingin anda curahkan.

Teman² semua juga boleh luahkan isi hati dengan apa cara seperti puisi, sajak, pantun, madah, pujangga, musik video, pautan dan kata² sahaja asalkan tidak menyakitkan hati ramai. Curah tu curah juga tetapi hukum agama perlu ditaati, ingat ya teman² di sini kita mengeratkan silaturahim dan ukhuwah bukan untuk berdebat

04/09/2024

Adakah anda akan sokong jika anak anda yang masih menuntut di sekolah rendah/menengah mahu jadi influencer atau content creator apabila dewasa kelak?

21/02/2024

Kehidupan yg mewah kekadang terasa kosong. Ada yang pernah rasa begitu?
~Lily~

01/09/2023

Kadangkala orang tidak perasan perkara yang kita lakukan untuk bantu mereka sehingga kita berhenti melakukannya.

30/08/2023

Jika kamu berhijab dan ada orang yang mempermasalahkan akhlakmu katakan kepada mereka, "bahawa antara hijab dan akhlak adalah 2 hal yang berbeza.."

Menutup aurat adalah murni perintah Allah. Wajib untuk wanita muslim yang telah baligh tanpa memandang akhlaknya baik atau buruk sedangkan akhlak adalah budi pekerti yang bergantung pada peribadi masing-masing..

Jika seorang wanita berhijab melakukan dosa/kesilapan, itu bukan karena hijabnya namun karena akhlaknya.. "Yang menutup auratnya belum tentu berakhlak mulia, namun yang berakhlak mulia pasti menutup auratnya dengan sempurna.."

Wallahu a'lam.

29/08/2023

Cari isteri paling utama bukan rupa, selain agamanya kita lihat tahap kesabaran dan juga kebijaksanaannya mengawal emosi dan tekanan. Lelaki yang hebat juga tidak cari isteri kedua semata-mata inginkan anak. Contoh Beto &, Izzue.

27/08/2023

Lagi mulia ambil anak angkat atau nikahi balu/janda yang ramai anak. Besar pahala jaga anak angkat/yatim sebagai anak sendiri.

Ramai lelaki yang dah/nak kahwin isteri kedua bukan dengan sebab yang dituntut syariat Islam.

Mampu dari segi fizikal dan kewangan belum tentu mampu dari segi keadilan, ketaqwaan dan keimanan.

27/08/2023

Seseorang itu dinilai bukan dari ijazah, diploma atau sijilnya. Yang harus dinilai ialah hati, budi, akal dan akhlaknya.

27/08/2023

Ujian yang biasa mampu menewaskan lelaki yang lemah ada tiga iaitu wang, kuasa dan wanita. Lelaki boleh tumbang kerana antara satu dari tiga itu.

26/08/2023

Insan yang pernah hidup susah biasanya mempunyai mental yang kuat, tidak takut gagal, peka dengan keadaan sekitar, bekerja keras, tidak memandang kemewahan atau status sosial dan reti bersyukur.

25/08/2023

Orang paling bodoh adalah orang Islam yang bergaduh & bertengkar sesama sendiri termasuk kalian pendukung/penyokong sukan bolasepak/sepakbola.

25/08/2023

Orang datang dan pergi. Kawan, rakan kerja serta ramai yang hadir dan lenyap dalam hidup kita.

Perlu ingat, kita kena pastikan kita sendiri tak hilang dalam hidup kita. Selagi masih bernyawa dan bernafas, kita terus cekal cari peluang dan ruang untuk berjaya.

20/08/2023

Kejahatan yang kita lakukan di masa lalu mungkin diungkit sampai mati tetapi kebaikan yang kita lakukan hari ini mungkin tidak akan diingati.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Curahan Hati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Curahan Hati:

Share