Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates

Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates Peguam Syarie
Perunding Keluarga
Penulis Wasiat, Hibah & Harta Pusaka Nur Ramizah Binti Kasbi merupakan pemilik bersama di Tetuan Ramizah Ashiqin & Associates.

Merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di samping mendakap Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berpengalaman melebihi 5 tahun dalam Undang-Undang Syariah. Seorang yang sangat berani dan komited di dalam melakukan dan memikul amanat yang telah dipertanggungjawabkan ole

h anakguam. Dengan gabungan akademik dan pengalaman yang dimiliki, saya telah mengendalikan sebanyak 150 file kes dan memenangi 95% daripada jumlah keseluruhan kes. Oleh kerana saya tahu tanggungjawab sebagai Peguam Syarie ini tidaklah semudah yang disangka, maka saya sentiasa meletakkan sepenuh hati dalam mengendalikan kes anakguam saya dan meletakkan keazaman yang tinggi supaya nasib mereka akan senantiasa terbela. Jika anda mempunyai masalah berkaitan kekeluargaan Islam, undang-undang syariah mahupun jenayah syariah, saya adalah orang yang paling tepat untuk di hubungi. Saya tidak menjanjikan hanya dengan kata-kata melainkan dengan hasil kerja dan kepuasan daripada anakguam saya yang dinukilkan di ruangan testimoni. Khidmat konsultasi, khidmat guaman dan juga khidmat undang-undang semua akan saya perjuangkan.

21/02/2026

❓ “Suami WAJIB bagi duit… walaupun semua nafkah dah disediakan?”

Jawapan jujurnya: tidak semudah itu.
Para ulama telah menggariskan , nafkah bukan semata-mata duit di tangan. Nafkah adalah keperluan hidup yang dipenuhi.
Jika suami:
✅ Menyediakan tempat tinggal
✅ Menanggung makan minum
✅ Menyediakan pakaian
✅ Menyediakan / menanggung perubatan
Maka itu SUDAH DIKIRA MENUNAIKAN NAFKAH WAJIB.
💭 Tapi hari ini, ada isteri yang:
– Semua sudah disediakan
– Hidup selesa
– Keperluan cukup
Namun masih berkata:
“Tak cukup. Saya nak duit lebih.”
“Suami kedekut.”
“Suami tak tunaikan nafkah.”
"Tengok suami orang lain tuu.."
📌 Hati-hati.
Bila rasa tidak bersyukur bertukar jadi tuntutan,
Ini bukan lagi soal nafkah,
Ini soal hati yang tidak pernah cukup.
Islam tidak mengajar isteri untuk:
❌ Menekan suami tanpa keperluan
❌ Membandingkan suami dengan orang lain
❌ Menuntut lebih dari kemampuan
💔 Sedar atau tidak, tekanan nafkah yang melampau boleh:
– Merosakkan rumah tangga
– Menumbuhkan kebencian
– Mengundang dosa tanpa disedari
📌 Nafkah itu tanggungjawab suami.
📌 Syukur itu tanggungjawab isteri.
Rumah tangga bukan medan tuntutan semata-mata,
tetapi tempat saling memahami dan bertolak ansur.
🔎 Jika ragu tentang hak dan batas nafkah sebenar menurut Syarak, dapatkan nasihat yang betul —bukan emosi, bukan dengar cakap orang yang tak berkelayakan.

⚖️ Jika anda perlukan khidmat guaman syarie, tekan butang whatsapp di bawah sekarang. Kami bantu sehingga kes selesai.

Address

Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share