20/02/2022
MAGIS FOOD COLOUR KEPADA KEDAI ANDA
Apa itu food colour? Penting ke? Sebelum nak cakap penting ada baiknya saya share benda yang mudah tapi buat kita berfikir.
Bagi saya, warna main peranan baik dari segi logo, banner, bunting, signboard, buku menu dan dekorasi kedai.
Sebelum tu kena faham food colour. Ada 4 warna yang sinonim dengan food colour. Apa dia?
MERAH, PUTIH, KUNING & HIJAU
Kita kaji setiap warna tu sesuai atau tak dengan konsep kedai makan kita. Ada psikologi dan filosopi setiap warna ni.
Tapi sebelum tu, janganlah guna 4 warna terus untuk kedai anda. 2 warna sahaja.
MERAH
Warna ni melambangkan keghairahan dalam makanan. Sebab tu warna merah ni menaikkan rasa kita.
Merah ni juga berkait dengan emotion dan passion. Sebab ada yang guna warna kuning dan merah. Melambangkan keghairan dan rasa lapar yang membuak.
Brand besar dalam F&B banyak menggunakan warna merah sebagai daya tarikan. Contoh macam KFC & McDonalds.
PUTIH
Putih ni p**a lambang kebersihan dan kesucian. Apa yang kita tunjukkan kepada pelanggan adalah kebersihan. Kedai yang bersih, makanan yang fresh, susun atur yang kemas.
Tapi perlu berhati-hati dengan warna putih. Kerana hanya setitik warna lain, akan terus mengeruhkan keputihan tersebut. Kena fahami maksud ini.
Putih juga bermaksud plain. Tapi putih ni mudah masuk dengan 3 warna lain tu. Contoh putih merah, putih kuning ataupun putih hijau. Ikut kesusaian kedai anda. Apa yang anda jual. Ok?
KUNING
Macam saya cakap kombinasi dengan merah tadi. Kuning ni lambang lapar. Bukanlah maksudnya tengok kuning je lapar.
Secara psikologinya pemilihan kuning menunjukkan maksud lapar. Warna memanggil pelanggan untuk masuk dan makan. Susunkan warna yang bersesuai seperti kuning merah. Sangat jitu.
HIJAU
Hijau paling mudah untuk kita faham sebab ada antara kita bermain dengan warna sayur. Wana hijau juga melambangkan eco, organic, healthy food.
Jadi kalau kedai anda jual makanan berunsurkan organic, healthy food, diet. Sangat sesuai. Boleh kombinasi dengan putih. Dia akan serlahkan kelasnya tersendiri.
Ok fahamkan secara psikologinya warna kepada pelanggan.
Mula sekarang. Pilih kesesuaian warna untuk branding balik kedai anda dengan food colour ni. Sebabnya kita jual makanan dan bukan jual produk.
Sekali sekala tengok menu kita. Apa kita jual. Apply warna ni berkaitan dengan menu kita. Jadi dekorasikan kedai kita ikut warna ini.
Tapi hangpa semua jangan duk taruk 4 warna serentak. Dah macam apa jadinya nanti.
Anda nak share warna kedai anda? Boleh. Silakan.
Kredit