Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates

Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates










03/06/2026

10 FAKTA HADHANAH YANG KITA PERLU TAHU. | by HASANAH JOHARI

1. IBU ADALAH PENJAGA UTAMA NAMUN AYAH ADALAH PENJAGA HAKIKI ANAK (HARTA DAN PERWALIAN)
2. ANAK MUMAYYIZ BERHAK MEMBUAT PILIHAN DENGAN SIAPA DIA NAK TINGGAL.
3. AYAH ADALAH ORANG KETIGA DALAM SUSUNAN KEUTAMAAN HADHIN SELEPAS NENEK SEBELAH IBU
4. SETELAH TAMAT HAK HADHINAH, PENJAGAAN TURUN KEPADA AYAH
5. HADHINAH KEPADA ANAK TAK SAH TARAF ADALAH IBU DAN KELUARGA SEBELAH IBU SAHAJA
6. IBU BAPA ANGKAT BOLEH MENUNTUT HAK JAGAAN ANAK ANGKAT DI MAHKAMAH SYARIAH
7. IBU GUGUR KELAYAKKANNYA JIKA PERKAHWINAN BARUNYA MENJEJASKAN KEBAJIKAN ANAK
8. IBU ATAU AYAH GUGUR KELAYAKKANNYA BILA ANAK DAPAT MEMAHAMI KELAKUAN BURUK DAN KEJI IBU ATAU AYAHNYA
9. IBU YANG BERPINDAH KAMPUNG TIDAK DIKIRA SEBAGAI MENUKAR MASTAUTINNYA
10. SUAMI ISTERI YANG TINGGAL BERASINGAN BOLEH MENUNTUT HAK HADHANAH MESKIPUN BELUM BERCERAI

26/05/2026

KISAH DI MAHKAMAH SYARIAH | BY HASANAH JOHARI.

pengkhianatan itu menyakitkan. justeru utk menamatkan suatu kesakitan itu wajar secara bijak.

13/05/2026

NAFKAH ANAK | BY HASANAH JOHARI.

asyik asyik alasan tak mampu padahal sihat tubuh badan untuk menafkahi anak.

jadi siapalah p**a kena tanggung nafkah anak kalau bukan bapanya sendiri??

jangan kerana mulut asyk bagi alasan xmampu, اَللّهُ tarik kemampuan kamu betul2.

rezeki anak adalah dalam rezeki kamu..kamu tak berikan nafkah anak, maka kamu zalim ke atas anak kamu.

tak bagi nafkah, ianya menjadi hutang. Allah bagi peringatan tentang hutang ni dan paling terpanjang dalam adalah al-Quran tau! beringatlah wahai bapa-bapa!

11/05/2026

Di dalam suatu kes pengesahan lafaz cerai, pemilik lafaz adalah yang diutamakan untuk di siasat dan di periksa.

apa lafaznya? bagaimana terjadi? dimana? bila berlaku? kenapa berlaku? kemudian apa berlaku?

memang soalan2 ini akan hakim akan tanya kepada pemilik lafaz. jika iqrarnya menafikan lafaz yg di dengar oleh penerima lafaz, maka menjadi suatu prosedur utk mengarahkan pemilik lafaz mengangkat sumpah bagi menolak tuntutan penuntut.

jadi apa hukumnya jika suami memang lafaz cerai tapi dia sanggup sumpah menafikan?

bila si pemilik lafaz mengangkat sumpah, maka urusan dia adalah dengan Allah da. kerana Hakim memutuskan secara zahir sahaja, kerana hakim tidak berada semasa kejadian itu berlaku. jika pemilik lafaz berdusta, maka bersedia lah menanggung laknat dari Maha Menghukum..

jangan main-main dengan sumpah.
nauzubillah

04/05/2026

Konsultasi Guaman Syarie 🤍

Kami dengar. Kami faham. Kami bantu.

Ada isu kekeluargaan Islam, harta sepencarian, faraid, hibah atau wasiat? Jangan tanggung seorang diri — kami sedia bimbing anda.

✨ PROMOSI TERHAD ✨
Konsultasi: RM250 → RM150 sahaja! (Diskaun RM100)

Dapatkan nasihat yang jelas & solusi terbaik untuk anda dan keluarga.

📩 DM kami sekarang untuk tempahan slot!

01/05/2026

Rumah seharusnya menjadi tempat yang selamat, bukan tempat penderitaan. jika kita diuji sedemikian rupa, usah fikir dan kesian kepada pemangsa. kita kena selamatkan diri kita dulu!��keganasan rumahtangga bukan setakat penderaan fizikal. ianya juga merangkumi penderaan emosi, tekanan mental, ugutan lisan, paksaan seksual malah kemusnahan harta benda juga dikira sebagai keganasan rumah tangga. sampai bila nak berdiam dan berharap dia akan berubah?! ��kita ada badan penguatkuasa (polis), Jabatan Kebajikan Malaysia. Malah ada juga NGO seperti pertubuhan pertolongan wanita boleh memberikan bantuan. tinggal diri sendiri saja yang kena bersuara dan bertindak untuk hentikan keganasan ini!!��dapatkan bantuan segera sebelum terlambat! ��

08/04/2026

SUAMI TAK NAK KERJASAMA, MCMNA NAK FILEKAN CERAI? | BY HASANAH JOHARI

mula mula kena faham, semua masalah yang timbul, bukan pintu untuk filekan cerai terus..namun, jika ianya adalah jalan terakhir, maka ikut lah poin2 yang saya telah nyatakan.

masih kurang faham? mari bincang dengan saya..kita bincang sehingga faham tentang prosedur cerai. malah hak2 lain juga kita boleh bincang bersama..✌️

30/03/2026

SUAMI POLIGAMI SENYAP2, ISTERI BOLEH MINTA CERAI? | BY HASANAH JOHARI

Asasnya, suami berpoligami tidak termasuk dalam sebab yang dibenarkan syarak untuk seorang isteri menuntut cerai, melainkan jika poligami tersebut menjadi sebab berlaku mudharat kepada isteri seperti suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya antaranya memberi nafkah, tidak adil dalam giliran bersama serta memudharatkan isteri sama ada fizikal mahupun mental.

justeru, jika isteri di duakan ke di tigakan ke oleh suami, usah mohon cerai jika suami mampu melaksanakan tanggungjawabnya. jika dia x mampu dan memudharatkan diri, rujuklah mahkamah untik mendapatkan keadilan. yang utama dalam keadaan ini adalah mendapatkan PERINTAH BERKAITAN NAFKAH DIRI, NAFKAH ANAK, GILIRAN BERSAMA SERTA PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN.

dapat sesuatu?💪🏻
ketahui hak anda
info syariah

13/02/2026

NAFKAH ANAK PART 2 | BY HASANAH JOHARI

KOS PERAYAAN DAN KOS PERSEKOLAHAN MEMAMG DIKIRA SEBAGAI NAFKAH ANAK YANG WAJIB BAPA TANGGUNG.

ianya merupakan nafkah tahunan yang disediakan sblm sesi atau perayaan itu. IANYA KEPERLUAN TAU!

tidak percaya bagi wang kepada ibunya?

bawa ler anak2 tu pergi beli barang2 tu. selain dpt lihat sendiri harga barangan tersebut, boleh juga mengeratkan hubungan bapa dan anak🤗

11/02/2026

NAFKAH ANAK | BY HASANAH JOHARI.

RAMAI LAGI TAK FAHAM TENTANG NAFAKAH ANAK.

IANYA MELIPUTI TEMPAT TINGGAL, MAKAN N MINUM, PAKAIAN, KESIHATAN DAN PENDIDIKAN.

IANYA ASAS KEWAJIPAN SEORANG BAPA UNTUK MENAFKAHI ANAK YANG TIDAK MAMPU MENYARA DIRINYA.

SEORANG BAPA YANG MATANG XPERLU PERTIKAIKAN NAFKAH ANAK DIA SENDIRI. ZURIAT KAMU TANGGUNGJAWAB KAMU.

Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Telephone

+60147045368

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates:

Share