Aniqah Property

Aniqah Property Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aniqah Property, Estate agents, Kajang.

*Lagenda Mersing @ Johor*🌲 Lagenda Mersing🌲🗝 20' x 40' 🗝 Terrace & Cluster house✅Price From RM200K✅FREEHOLD✅ 3rooms + 2b...
05/09/2023

*Lagenda Mersing @ Johor*

🌲 Lagenda Mersing🌲
🗝 20' x 40'
🗝 Terrace & Cluster house

✅Price From RM200K
✅FREEHOLD
✅ 3rooms + 2bathrooms

✅FREE Yuran Guaman (SPA)
✅FREE Stamp Duty
✅FREE MOT / Legal Fees
✅Special Rebate each unit
✅ Strategic location

ONLY RM300 to booking

https://wa.link/18mmz0

09/02/2023
14/01/2023

Ini petanda kau dah ready nak beli rumah.

Subsale:
Modal 15% daripada market value rumah. 10% sebagai downpayment. Lagi 5% untuk legal fee dan minor repair.

Undercon:
Setiap bulan berjaya konsisten simpan sama dengan bakal ansuran rumah. Tujuannya untuk latihan dan kau juga kena tau yang kau kena bayar progressive payment walaupun rumah tu belum siap lagi.

Contoh:
Harga rumah 500k
Modal 15% 75k
90% loan 450k
Monthly instalment 2k++

13/01/2023

10 TIPS UNTUK BELI RUMAH IDAMAN.

1. Tentukan kedudukan kewangan. Senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar.
CONTOH Kalau gaji RM3000, bayaran rumah seeloknya tidak melebihi RM900 sebulan.

2. Pilih rumah yang anda mahu. Ada banyak jenis pilihan rumah. Ada jenis semi D, bungalow, terrace, apartment, SOHO dan sebagainya. Ambil kira juga lokasi rumah. Dekat dengan pasar tak, rumah ada pagar tak, ada banjir tak, matahari masuk dari belah mana terbenam belah mana dan sebagainya.

3. Cari peguam hartanah. Ada pemaju yang sediakan khidmat peguam mereka secara percuma. Kalau apa2 jadi peguam tu mesti akan backup pemaju terlebih dahulu. Cari peguam dan bincang bersama2. Yang boleh terangkan proses2 yang terlibat sepanjang urusan pembelian rumah tersebut. Terutama sekali jika beli rumah subsale. Pastikan semuanya keputusan hendaklah berbincang melalui peguam hartanah. Jangan peguam jenayah plak geng. Kalau beli rumah dengan ejen hartanah jangan risau setiap agency ada peguam masing-masing.

4. Fahami dokumen-dokumen jual beli rumah. Kena study sikit pasal letter of intent to purchase, sales & purchase agreement. Dalam agreement ada dinyatakan jenis hartanah yang dibeli. Freehold atau lease hold. Boleh google baca.

5. Buat permohonan pinjaman perumahan. Juga dikenali sebagai pembiayaan perumahan. Ada banyak jenis yang ditawarkan di bank. Ada jenis konvensional, fleksi dan juga islamik. Untuk penjawat awam, ada pembiayaan LPPSA. Pastikan sebelum memohon, semak dahulu kelayakan. Sebab kalau x lepas, nak kena tunggu lama baru boleh mohon semula.

6. Fahami dokumen pinjaman perumahan. Masa nak sain pastikan kita faham berapa jumlah pembiayaan, tempoh bayaran balik, serta kadar faedah. Kena cek berapa tahun lock-in period, berapa BLR yg ditetapkan oleh bank negara dan berapa yg bank offer, kadar berubah atau tetap, ada kadar siling x bagi kadar berubah supaya korang xperlu bayar lebih dan jugak progressive billing bagi rumah2 undercon.

7. Sign SPA selepas loan lulus. Lepas bayar downpayment, korang apply loan. Loan lulus baru sign SPA. Bkn apa, ada sesetengah yg tak mahu p**angkan deposit lepas sign SPA bila loan tak lulus.

8. Lawatkan rumah idaman secara berkala. Sekali sekala tgk progress pembinaan, sama tak dengan spec dalam SPA. Kalau tak puas hati boleh inform kepada pemaju. Kan dah start bayar progressive billing. Kenalah demand 🤭

9. Dah dapat kunci, periksa rumah untuk sebarang defect. Untuk rumah subsale, masa sign SPA tu peguam akan bagitau rumah yang kita tengok ituah yang kita dapat. Tak lebih tak kurang. So pastikan anda setuju dan jika nak owner baiki sebarang kerosakan rumah, pastikan dia baiki sebelum korang sign SPA.

10. Buat doa selamat lepas dah dapat rumah. Alhamdulillah selesai pembelian rumah pertama. Buat majlis jemputlah saya datang. Hehehe..gurau jaaaa

Itu dia 10 tips utk beli rumah. 1st time beli rumah je bingung sikit. Dah tau proses rasa senang je sebenarnya. Bolehlah usha rumah kedua ketiga dan seterusnya (investment) 😂😂🤣

Semoga bermanfaat.

12/01/2023

10 tips beli rumah . jom ruang kan masa membaca . tak salah kita menambah ilmu . 😊

1. Pilih Loan Yang Betul
Pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan. (Kalau nak pakai kereta jugak, pastikan guna nama orang abang, kakak, atau ayah. Asalkan bukan nama kita. Nak senang lagi, mintak nak sambung bayar kereta mereka)

2. Guna Akaun Company Sebagai CashFlow
Kalau anak muda ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun syarikat. Bukan akaun personal anak muda. Kalau customer bank in ke akaun personal, ianya TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah kat situ. Kalau ada yang terlepas juga, transfer la balik masuk ke akaun company dengan nota “ CASH SALES “. Kalau tengah makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup.

3. Bayar KWSP
Kalau anak muda ada buat bisnes sendiri, pastikan tetapkan Gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri. Bila apply loan bank nanti, akan ada 2 jenis income anak muda. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri. Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company utk bayar. Elakkan transfer secara online saja. Dan pastikan buat Payslip dan cop skali.

4. Jangan Terpengaruh Loan ASB dan Personal Loan
Jangan cepat terpengaruh untuk ambik ASB Loan atau Personal Loan. Sebab Loan jenis inilah yang selalunya menjadi factor yang menyebabkan bank reject loan rumah kita. Kalau nak ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru lah ambik sekali. Bagi saya, kalau ada merancang untuk membeli property kedua, jangan ambil ASB loan lagi. Sebab biasanya pihak bank akan offer kepada kita selepas kita lulus loan rumah pertama kita. (tapi lain lah kalau income anda besar, kalau sekadar ambil ASB Loan dan bayaran bulanan tidak memberi effect besar terhadap DSR anda, tak mengapa.

5. Beli Rumah Pertama Untuk Investment
Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment. Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi expenses untuk anak muda. Lain lah kalau anak muda beli secara cash je kan. Investment p**a terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain. Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank. Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila value rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain.

6. Jangan Combine Nama Suami Isteri Semasa Beli Rumah
Elakkan daripada combine nama suami isteri semasa membeli rumah. Ini adalah kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ke3, hanya dapat loan 70% sahaja. Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tapi kalau combine nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda. Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah… Beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan. Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut. Bukan ke macam duduk percuma macam tu?

7. Pastikan Rekod CCRIS BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang2 kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk memudahkan anda sebelum anda decide untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri. Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelahnya senarai bayaran bulanan anda. Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin. Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya. Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan. Atau sekarang boleh apply secara online saja. Nanti saya tunjukkan cara di lain hari.

8. Tiga Jenis Rumah Anda Perlu Kenal Pasti
Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli.
PERTAMA – Rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (Jual Balik) bila dah siap nanti. Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja. Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA – Rumah subsale. (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA – Rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe.. high risk, high lah return dia.. Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda.. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain2 sebelum commit untuk join bidaan. Kalau tanya saya, saya lebih s**a beli rumah UNDERCONS. =)

9. Beli Rumah Undercons
Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja. Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain. Reason pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang. Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang takde nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah2 lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.
Reason kedua, kalau developer besar, mereka biasanya menyediakan banyak benefit kepada pembeli property mereka. Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam2 lagi. Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop. Tengok lah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah di setia alam ni. Betapa banyaknya kemudahan2 baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank2, taman2, dan macam2 lagi.

10. Beli Ikut Kemampuan
Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu. Yerlah, kadang2 kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Loan mungkin boleh lulus.. tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat2 membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada income yang anda dapat. Last-last, tertunggak! Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum decide untuk membeli mana2 rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan income bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.

11. Tips Tambahan
Kebiasaannya kalau loan untuk rumah pertama, bank nak lihat rekod ccris anda. Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya anda tidak pernah buat loan dengan bank, maka rekod ccris anda kosong. Dan bank tidak dapat menilai macamana disiplin anda dalam pembayaran loan. Jadi, sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada 2 cara yang anda boleh buat.
PERTAMA, anda apply saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut. Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran.
, buat personal loan dalam amout yang paling rendah di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track rekod yang anda merupakan seorang pembayar hutang yang baik.

TIPS RINGKAS BELI RUMAH UNTUK NEWBIES, NO. 4 PALING PENTING! 1. Kalau rumah subsale, Belilah rumah below market value. C...
11/01/2023

TIPS RINGKAS BELI RUMAH UNTUK NEWBIES, NO. 4 PALING PENTING!

1. Kalau rumah subsale, Belilah rumah below market value. Contoh market value rumah 250K, jangan beli lebih dari harga tu. Biasa je sebenarnya dengar tuan rumah nak jual over market value ni sebab dia pakai nilaian dia sendiri.. haha
2. Beli rumah berhampiran dengan kemudahan asas dan tempat kerja. Memang rumah yang berhampiran dengan banyak kemudahan lebih mahal tapi untuk long term sangat lah berbaloi. Buat apa beli rumah jauh dari kemudahan sampai nak beli roti pun 10 minit. Kalau berhampiran dengan tempat kerja lagi lah bagus. Atleast boleh jimat waktu travel dan kos minyak.
3. Semak dulu kelayakan pinjaman. Supaya selera anda tidak terlalu tajam dan elak buang masa semua orang. Ini penting supaya kita boleh rancang dan target rumah yang sesuai dengan kelayakan kita. Kadang kita syok sendiri je tgk payslip gaji besar padahal kelayakan rendah je. So jangan lah syok sendiri..😝
4. Jangan sesekali beli rumah secara online tanpa anda pergi view rumah tersebut walau sesibuk mana pun anda. Tahu lah sekarang semuanya orang nak buat online tapi untuk beli rumah jangan lah..Kalau anda level investor lain cerita la 🤗. Jangan ingat ini rekaan semata-mata, ada tau kes macam ni..dan lepas tu dia menyesal tak sudah..haha
5. Anda jenis buat simpanan di merata tempat? Cuba elakan buat macam ni dan satukan saja tempat simpanan. Contoh sebelum ni anda menyimpan 500 di MBB, 300 di CIMB, 250 di BSN, 100 di ASB. Elok satukan je tempat simpanan tu contoh semua simpan di ASB. Senang nak refer dan nampak dalam statement..siap dapat dividen lagi 😘
6. Untuk rumah undercons, elakkan beli dengan pemaju yang tak familar sebab kita tak tahu hasil kerja dia macam mana dan ada possibility untuk rumah tak siap tu tinggi..senang cerita pergi view lah rumah tu kalau ada show unit dan cuba tanya dengan orang yang tahu berkenaan hartanah.

👉TIPS VIEWING RUMAH YANG INGIN DIBELI 👈Proses viewing rumah yang hendak dibeli sangat penting bagi memastikan tidak berl...
10/01/2023

👉TIPS VIEWING RUMAH YANG INGIN DIBELI 👈

Proses viewing rumah yang hendak dibeli sangat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekesalan kemudian hari.

1. Semak Kelayakan Loan – View rumah yang sememangnya bersesuaian dengan kelayakan loan anda.

2. Lakukan Pemeriksaan – Periksa keadaan lantai, dinding, tekanan air, masalah anai-anai dan lain2

Periksa bahagian siling rumah, jika terdapat kesan air bagi supaya tiada masalah kebocoran.

3. Kejiranan Menjamin Keselamatan

Kelebihan beli rumah subsale ialah boleh kenalpasti kejiranan berbanding rumah baru yang kita tidak tahu siapa jiran kita.

4. Kawasan Persekitaran Selamat

Kejiranan yang mempunyai security guard adalah lebih baik namun sekiranya tiada, tidak menjadi masalah asalkan persekitaran selamat dari gangguan manusia atau haiwan liar.

5. Last tips yang amat penting!! Jika rumah yang ingin dibeli tersebut ramai yang berkenan a.k.a ramai peminat, cepat2 LOCK atau bayar booking sebelum melepas ke tangan buyer lain.

Jangan lupa, Share tips ini ✌️


20/08/2022

*BANDAR BARU UDA SINGLE STOREY TERRACE LOW COST MEDIUM -FULL LOAN*

Bandar baru uda single storey low medium cost for sale

✔️20x75 sqft
✔️3 rooms 2 baths
✔️bumi lot
✔️Leashold
✔️Partly reno new paint
✔️for 1st house buyer only need suk ptg consent

*SELLING PRICE RM 348K*
*MARKET VALUE RM 360K*
(1st time buyer can do 100% loan)

Kenapa lagi bijak beli rumah dari agen berbanding beli terus dari owner?1) Beli dari owner direct ni, harga jual mungkin...
08/08/2022

Kenapa lagi bijak beli rumah dari agen berbanding beli terus dari owner?

1) Beli dari owner direct ni, harga jual mungkin harga syok sendiri. Tapi kalau beli dari agent, biasanya harga rumah yang dijual dah disemak dengan bank value. Sebab agen tau kalau harga jual lebih tinggi dari bank value, susah mereka nak close deal. Mereka akan advise owner tentang harga yang senang dan boleh dijual.

2) Agen macam one stop center. Beli dari mereka, mereka akan uruskan hantar permohonan pinjaman ke bank dan uruskan lawyer terbaik untuk anda. Siap dapat khidmat nasihat percuma lagi.

3) Booking rumah melalui agent, duit booking masuk dalam akaun agensi mereka. Lebih selamat. Kalau apa-apa berlaku, kita boleh hubungi boss mereka di no telefon pejabat agensi. Kalau bayar booking kepada owner, buatnya esok call mereka, "nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan". Haaa.. tak ke haru.

4) Agen ni berdaftar bawah agensi dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Ada badan professional yang jaga. Ibarat macam ada lembaga disiplin yang jaga dan monitor, mereka akan jalankan urusniaga ikut peraturan. Kalau tak, lesen agensi boleh kena tarik.. Jadi.. proses jual beli kita lebih selamat.

Kredit Sallymiss Laimin

Address

Kajang
43000

Telephone

+60137952852

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aniqah Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aniqah Property:

Share

Category