Hakim Guaman - Pusaka Sivil Hartanah Kemalangan

  • Home
  • Hakim Guaman - Pusaka Sivil Hartanah Kemalangan
Call

Hakim Guaman - Pusaka Sivil Hartanah Kemalangan Atiqah Murni & Associates (Johor). Mengendalikan urusan guaman melibatkan Kes Sivil, Pusaka/Amanah Raya, Hartanah dan Kemalangan.

Tel +01161817246

Barisan Peguam kami sedia berkhidmat untuk anda.

“KENA FITNAH DALAM THREADS? BOLEH KE SAMAN?”Fitnah di Facebook, Threads atau TikTok bukan semestinya sekadar “orang caka...
10/08/2026

“KENA FITNAH DALAM THREADS? BOLEH KE SAMAN?”

Fitnah di Facebook, Threads atau TikTok bukan semestinya sekadar “orang cakap-cakap”. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi isu undang-undang.

Baru-baru ini seorang wanita mesej kami.

Ayat pertama dia lebih kurang:
“Nak tanya, ambil kes fitnah tak?”

Kami tanya, fitnah berkaitan apa?

Jawapan dia : “Ada orang cakap saya meroyan sampai saya susah nak berniaga.”

Katanya, kenyataan itu dibuat dalam Threads.

Soalan dia lagi : “Kes macam ni VALID ke?”

Sebenarnya, soalan inilah yang ramai orang PATUT TANYA SEBELUM TERUS NAK SAMAN.
𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛

Dalam tindakan fitnah, antara perkara asas yang perlu dilihat ialah:

1. Adakah kenyataan itu bersifat memfitnah?

Contohnya, kenyataan yang jika dilihat dalam konteks keseluruhan boleh menyebabkan reputasi seseorang jatuh pada pandangan orang yang munasabah.

2. Adakah kenyataan itu merujuk kepada orang yang hendak mengambil tindakan?

Tak semestinya nama penuh disebut.
Kalau orang yang membaca posting itu boleh mengenal pasti bahawa kenyataan tersebut merujuk kepada individu tertentu, perkara itu boleh menjadi relevan.

3. Adakah kenyataan itu telah diterbitkan kepada pihak ketiga?

Ini penting. Kalau hanya kita seorang yang baca, isu publication kepada pihak ketiga tidak timbul dengan cara yang sama.
Tetapi kalau kenyataan tersebut dipost di Threads, Facebook, TikTok, WhatsApp group, surat atau disampaikan kepada orang lain, isu publication boleh timbul.
𝗝𝗔𝗗𝗜, 𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧?

Kami bukan terus cakap: “Ya puan, terus saman.”

Sebaliknya, kami minta klien kemukakan butiran dan bukti posting tersebut.

Antaranya:
✓ Screenshot atau Screen record daripada posting atau LIVE
✓ link posting jika masih ada
✓ nama/akaun yang membuat posting,
tarikh dan masa
✓ komen atau konteks sebelum dan selepas posting
✓ siapa yang boleh mengenal pasti klien
bukti kesan terhadap perniagaan jika ada.

Sebab dalam kes macam ini, ayat yang dikatakan, konteks dan cara ia diterbitkan sangat penting.
𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔?

Biasanya tindakan tidak semestinya terus bermula dengan writ saman.

Bergantung kepada keadaan dan arahan klien, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah Letter of Demand (LOD).

Contohnya tuntutan supaya pihak tersebut:
tarik balik kenyataan + berhenti menerbitkan semula + membuat pembetulan/apolog + perkara lain yang sesuai berdasarkan keadaan kes.

Kalau tuntutan tidak diselesaikan, barulah kita pertimbangkan tindakan mahkamah dan seterusnya.

____________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak.
Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

APA WARIS PATUT BUAT JIKA ADA WARIS TIDAK SEPAKAT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA?1) Jangan bertindak sendiri terhadap harta ...
15/07/2026

APA WARIS PATUT BUAT JIKA ADA WARIS TIDAK SEPAKAT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA?

1) Jangan bertindak sendiri terhadap harta pusaka.

2) Berbincang secara terbuka dengan semua waris.

3) Kenal pasti punca sebenar ketidaksepakatan.

4) Dapatkan nasihat daripada peguam pusaka.

5) Pertimbangkan rundingan atau mediasi.

6) Kumpulkan semua dokumen berkaitan harta pusaka.

7) Hormati hak setiap waris mengikut undang-undang.

8) Jika masih gagal mencapai persetujuan, bawa perkara tersebut ke saluran undang-undang yang sesuai.

[𝐀𝐓𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 & 𝐀𝐒𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐓𝐄]
Peguambela & Peguamcara
📌+601161817246 (En. Hakim - Manager)
📌https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1
📌Alamat : No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin, 80300 Johor Bahru, Johor

Kapasiti Operasi Firma Guaman : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan
___________________

15/07/2026

Jika anda ingin melantik peguam untuk menguruskan pengagihan harta pusaka, dokumen yang lazimnya perlu disediakan ialah :

1) Sijil kematian si mati (asal/salinan disahkan).
2) Kad pengenalan si mati.
3) Kad pengenalan semua waris yang berhak.
4) Sijil kelahiran waris (jika berkaitan).
5) Sijil nikah, sijil cerai atau sijil kematian pasangan (jika berkaitan).
6) Dokumen yang membuktikan hubungan kekeluargaan (jika perlu).
7) Senarai lengkap waris beserta alamat dan nombor telefon.
8) Senarai lengkap harta pusaka, contohnya:
Geran tanah.
9) Hak milik rumah.
10) Geran kenderaan.
11) Penyata akaun bank.
12) Penyata ASB, Tabung Haji, KWSP, saham, unit amanah dan pelaburan lain.
13) Senarai hutang si mati (pinjaman bank, cukai, bil tertunggak dan sebagainya).
Wasiat (jika ada).
14) Surat kuasa wakil daripada waris (jika peguam memerlukannya).
15) Dokumen berkaitan hibah atau amanah (jika ada).

Peguam akan meneliti dokumen-dokumen ini sebelum menentukan sama ada permohonan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi, Unit Pembahagian Pusaka Kecil, atau Amanah Raya, bergantung pada jenis dan nilai harta pusaka.

_________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

_________________

“Nak settle pusaka cepat, atau nanti-nanti je?”Ramai ahli waris berfikir, bila seseorang meninggal dunia, mereka boleh t...
22/02/2026

“Nak settle pusaka cepat, atau nanti-nanti je?”

Ramai ahli waris berfikir, bila seseorang meninggal dunia, mereka boleh tunggu lama-lama untuk hantar dokumen, nanti peguam uruskan semuanya. Lagipun, masih awal kan? Realitinya, proses pusaka tidak semudah itu.

Dari pengalaman kami menguruskan pelbagai kes pusaka, banyak masalah berlaku kerana tindakan menangguhkan permohonan. Dokumen yang lambat dihantar menyebabkan proses di pejabat pusaka ataupun mahkamah meleret. Kos guaman meningkat kerana perlu menambah sesi atau membetulkan dokumen, dan risiko kesilapan pun bertambah.

Selain itu, apabila permohonan pusaka lambat diurus, tekanan terhadap ahli keluarga boleh meningkat. Ahli waris mula bertelingkah tentang hak masing-masing. Ada pihak yang berasa tertinggal atau tidak puas hati, dan ini memaksa peguam menguruskan konflik tambahan. Persekitaran sebegini bukan sahaja menambah kerumitan, tetapi juga menangguhkan penyelesaian pusaka sepenuhnya.

Tambahan p**a, hak dan aset pusaka akan tergantung jika permohonan ditangguhkan terlalu lama. Aset tidak boleh dipindah milik, bank atau pihak ketiga tidak boleh memproses urusan transaksi, malah peluang pelaburan atau jualan harta boleh terlepas begitu sahaja.

Dengan menguruskan permohonan pusaka segera selepas kematian dan mengikut SOP pejabat pusaka ataupun mahkamah, semua dokumen dapat disusun lengkap, ahli waris memahami prosedur, dan proses berjalan dengan lebih lancar. Keluarga lebih tenang, kos lebih terkawal, dan hak pusaka dapat diselesaikan tanpa sengketa.

Kesimp**annya, strategi “Segera Permohonan Pusaka” memastikan hak dan aset keluarga terpelihara. Bertindak segera bukan sahaja memudahkan proses, tetapi juga melindungi kepentingan semua pihak dan memastikan pusaka diselesaikan mengikut undang-undang dengan sah.

__________

Penulisan ini berbentuk ilmiah dan disusun oleh : En. Hakim (Manager, Firma Guaman Atiqah Murni & Associate)

𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 ialah pemindahan hak milik hartanah tanpa balasan, lazimnya antara ahli keluarga terdekat sepe...
17/02/2026

𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 ialah pemindahan hak milik hartanah tanpa balasan, lazimnya antara ahli keluarga terdekat seperti suami isteri atau ibu bapa kepada anak.

Proses ini tertakluk kepada undang-undang tanah dan prosedur Pejabat Tanah, serta perlu diuruskan dengan dokumentasi yang lengkap dan teratur.

Secara amnya, proses melibatkan:

✅Semakan hakmilik dan status hartanah

✅Carian rasmi di Pejabat Tanah

✅Penyediaan Borang 14A dan dokumen berkaitan

✅Permohonan kebenaran pihak berkuasa (jika perlu)

✅Penilaian dan setem duti

✅Pendaftaran pindah milik di Pejabat Tanah

✅Setiap kes bergantung kepada fakta, sekatan kepentingan dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

[𝐀𝐓𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 & 𝐀𝐒𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐓𝐄]
Peguambela & Peguamcara
📌+601161817246 (En. Hakim - Manager)
📌https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1
📌Alamat : No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin, 80300 Johor Bahru, Johor

Kapasiti Operasi Firma Guaman : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan
___________________

𝗔𝘁𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗿𝗻𝗶 & 𝗔𝘀𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝘁𝗲 merupakan firma guaman yang beroperasi di Johor yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Khi...
09/02/2026

𝗔𝘁𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗿𝗻𝗶 & 𝗔𝘀𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝘁𝗲 merupakan firma guaman yang beroperasi di Johor yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Khidmat kami mengkhusus dalam :

✓ Hartanah
✓ Pembahagian Pusaka
✓ Tuntutan kemalangan
✓ Sivil

Alamat : No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin, 80300 Johor Bahru, Johor
__________________

Kapasiti Operasi Firma Guaman : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan

Hubungi :
En. Hakim (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

S : Geran kenderaan sy hilang. Tapi saya perlu selesaikan permohonan MyLand atau Amanah Raya untuk pembahagian pusaka, t...
15/01/2026

S : Geran kenderaan sy hilang. Tapi saya perlu selesaikan permohonan MyLand atau Amanah Raya untuk pembahagian pusaka, tetapi tergendala kerana geran kenderaan tak dijumpai

J : Untuk membuat 'carian' maklumat kenderaan di JPJ, pemohon memerlukan beberapa dokumen dan surat rasmi (format yang telah ditetapkan).

Jika pemohon memerlukan senarai dokumen dan mahu kami createkan surat rasmi tersebut, terus hubungi kami untuk khidmat guaman.

__________________

Kapasiti operasi firma guaman : Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

Soal jawab yang diterima untuk Pentadbir Harta Pusaka dan Pindah Milik Kasih SayangS : Nama ada dalam perintah pusaka (p...
15/01/2026

Soal jawab yang diterima untuk Pentadbir Harta Pusaka dan Pindah Milik Kasih Sayang

S : Nama ada dalam perintah pusaka (pentadbir), adakah kita perlu ke Pejabat Tanah semula untuk tukar nama hakmilik spt di perintah pusaka?

J : Ya, anda perlu mendaftarkan hak milik di pejabat tanah, perlu rujuk semula borang E dan F yang anda dapat selepas selesai bicara.

Di borang F terdapat arahan yg perlu dibuat dibahagian 'harta tak alih'. Silakan semak di bahagian catatan, biasanya ada tertulis perlu mendaftar di 'hakmilik'.

S : Berapakah kos guaman Pindah Milik Kasih Sayang?

J : Kos guaman untuk Pindah Milik Kasih Sayang adalah bergantung kepada 'nilaian hartanah'.

_____________

Mencari Firma Guaman di Kulai dan Johor Bahru untuk urusan hartanah & kemalangan? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Law Firm Atiqah Murni & Associate
HARTANAH & KEMALANGAN
📞 011-6181 7246
📱 https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

Address


Telephone

+60177424710

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hakim Guaman - Pusaka Sivil Hartanah Kemalangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed law practice?

Share