Hakim Guaman Johor

Hakim Guaman Johor Saya Pengurus di Firma Guaman Atiqah Murni & Associates (Johor). Mengendalikan urusan guaman melibatkan Kes Sivil, Pusaka/Amanah Raya, Hartanah dan Kemalangan.

Barisan Peguam kami sedia berkhidmat untuk anda. Tel +01161817246

“KENA FITNAH DALAM THREADS? BOLEH KE SAMAN?”Fitnah di Facebook, Threads atau TikTok bukan semestinya sekadar “orang caka...
10/08/2026

“KENA FITNAH DALAM THREADS? BOLEH KE SAMAN?”

Fitnah di Facebook, Threads atau TikTok bukan semestinya sekadar “orang cakap-cakap”. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi isu undang-undang.

Baru-baru ini seorang wanita mesej kami.

Ayat pertama dia lebih kurang:
“Nak tanya, ambil kes fitnah tak?”

Kami tanya, fitnah berkaitan apa?

Jawapan dia : “Ada orang cakap saya meroyan sampai saya susah nak berniaga.”

Katanya, kenyataan itu dibuat dalam Threads.

Soalan dia lagi : “Kes macam ni VALID ke?”

Sebenarnya, soalan inilah yang ramai orang PATUT TANYA SEBELUM TERUS NAK SAMAN.
𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛

Dalam tindakan fitnah, antara perkara asas yang perlu dilihat ialah:

1. Adakah kenyataan itu bersifat memfitnah?

Contohnya, kenyataan yang jika dilihat dalam konteks keseluruhan boleh menyebabkan reputasi seseorang jatuh pada pandangan orang yang munasabah.

2. Adakah kenyataan itu merujuk kepada orang yang hendak mengambil tindakan?

Tak semestinya nama penuh disebut.
Kalau orang yang membaca posting itu boleh mengenal pasti bahawa kenyataan tersebut merujuk kepada individu tertentu, perkara itu boleh menjadi relevan.

3. Adakah kenyataan itu telah diterbitkan kepada pihak ketiga?

Ini penting. Kalau hanya kita seorang yang baca, isu publication kepada pihak ketiga tidak timbul dengan cara yang sama.
Tetapi kalau kenyataan tersebut dipost di Threads, Facebook, TikTok, WhatsApp group, surat atau disampaikan kepada orang lain, isu publication boleh timbul.
𝗝𝗔𝗗𝗜, 𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧?

Kami bukan terus cakap: “Ya puan, terus saman.”

Sebaliknya, kami minta klien kemukakan butiran dan bukti posting tersebut.

Antaranya:
✓ Screenshot atau Screen record daripada posting atau LIVE
✓ link posting jika masih ada
✓ nama/akaun yang membuat posting,
tarikh dan masa
✓ komen atau konteks sebelum dan selepas posting
✓ siapa yang boleh mengenal pasti klien
bukti kesan terhadap perniagaan jika ada.

Sebab dalam kes macam ini, ayat yang dikatakan, konteks dan cara ia diterbitkan sangat penting.
𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔?

Biasanya tindakan tidak semestinya terus bermula dengan writ saman.

Bergantung kepada keadaan dan arahan klien, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah Letter of Demand (LOD).

Contohnya tuntutan supaya pihak tersebut:
tarik balik kenyataan + berhenti menerbitkan semula + membuat pembetulan/apologi + perkara lain yang sesuai berdasarkan keadaan kes.

Kalau tuntutan tidak diselesaikan, barulah kita pertimbangkan tindakan mahkamah dan seterusnya.

____________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak.
Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

APA WARIS PATUT BUAT JIKA ADA WARIS TIDAK SEPAKAT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA?1) Jangan bertindak sendiri terhadap harta ...
15/07/2026

APA WARIS PATUT BUAT JIKA ADA WARIS TIDAK SEPAKAT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA?

1) Jangan bertindak sendiri terhadap harta pusaka.

2) Berbincang secara terbuka dengan semua waris.

3) Kenal pasti punca sebenar ketidaksepakatan.

4) Dapatkan nasihat daripada peguam pusaka.

5) Pertimbangkan rundingan atau mediasi.

6) Kumpulkan semua dokumen berkaitan harta pusaka.

7) Hormati hak setiap waris mengikut undang-undang.

8) Jika masih gagal mencapai persetujuan, bawa perkara tersebut ke saluran undang-undang yang sesuai.

[𝐀𝐓𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 & 𝐀𝐒𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐓𝐄]
Peguambela & Peguamcara
📌+601161817246 (En. Hakim - Manager)
📌https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1
📌Alamat : No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin, 80300 Johor Bahru, Johor

Kapasiti Operasi Firma Guaman : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan
___________________

Jika anda ingin melantik peguam untuk menguruskan pengagihan harta pusaka, dokumen yang lazimnya perlu disediakan ialah ...
15/07/2026

Jika anda ingin melantik peguam untuk menguruskan pengagihan harta pusaka, dokumen yang lazimnya perlu disediakan ialah :

1) Sijil kematian si mati (asal/salinan disahkan).
2) Kad pengenalan si mati.
3) Kad pengenalan semua waris yang berhak.
4) Sijil kelahiran waris (jika berkaitan).
5) Sijil nikah, sijil cerai atau sijil kematian pasangan (jika berkaitan).
6) Dokumen yang membuktikan hubungan kekeluargaan (jika perlu).
7) Senarai lengkap waris beserta alamat dan nombor telefon.
8) Senarai lengkap harta pusaka, contohnya:
Geran tanah.
9) Hak milik rumah.
10) Geran kenderaan.
11) Penyata akaun bank.
12) Penyata ASB, Tabung Haji, KWSP, saham, unit amanah dan pelaburan lain.
13) Senarai hutang si mati (pinjaman bank, cukai, bil tertunggak dan sebagainya).
Wasiat (jika ada).
14) Surat kuasa wakil daripada waris (jika peguam memerlukannya).
15) Dokumen berkaitan hibah atau amanah (jika ada).

Peguam akan meneliti dokumen-dokumen ini sebelum menentukan sama ada permohonan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi, Unit Pembahagian Pusaka Kecil, atau Amanah Raya, bergantung pada jenis dan nilai harta pusaka.

_________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

_________________

𝗔𝘁𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗿𝗻𝗶 & 𝗔𝘀𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝘁𝗲 merupakan firma guaman yang beroperasi di Johor yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Khi...
09/02/2026

𝗔𝘁𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗿𝗻𝗶 & 𝗔𝘀𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝘁𝗲 merupakan firma guaman yang beroperasi di Johor yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Khidmat kami mengkhusus dalam :

✓ Hartanah
✓ Pembahagian Pusaka
✓ Tuntutan kemalangan
✓ Sivil

Alamat : No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin, 80300 Johor Bahru, Johor
__________________

Kapasiti Operasi Firma Guaman : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan

Hubungi :
En. Hakim (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

MENGAPA PERMOHONAN HARTA PUSAKA PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA?!Antara alasan mengapa sesuatu permohonan harta pusaka si mat...
29/12/2025

MENGAPA PERMOHONAN HARTA PUSAKA PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA?!

Antara alasan mengapa sesuatu permohonan harta pusaka si mati perlu dibuat dengan segera adalah seperti berikut:

(i) Mengelakkan daripada termakan hak orang lain atau anak yatim / piatu;

(ii) Mengelakkan bilangan waris yang ramai ekoran daripada kematian berlapis;

(iii) Memudahkan proses permohonan pembahagian harta pusaka dibuat;

(iv) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris;

(v) Mengelakkan harta si mati menjadi beku atau terbiar tidak diurus;

(vi) Menggelakkan berlakunya tanah terbiar; dan

(vii) Mengelakkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon dan sebagainya tidak dapat dikeluarkan dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Tak Dituntut.

__________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

S : Geran kenderaan sy hilang. Tapi saya perlu selesaikan permohonan MyLand atau Amanah Raya untuk pembahagian pusaka, t...
03/11/2025

S : Geran kenderaan sy hilang. Tapi saya perlu selesaikan permohonan MyLand atau Amanah Raya untuk pembahagian pusaka, tetapi tergendala kerana geran kenderaan tak dijumpai

J : Untuk membuat 'carian' maklumat kenderaan di JPJ, pemohon memerlukan beberapa dokumen dan surat rasmi (format yang telah ditetapkan).

Jika pemohon memerlukan senarai dokumen dan mahu kami createkan surat rasmi tersebut, terus hubungi kami untuk khidmat guaman.

__________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

Pelanggar pada awalnya mahu bekerjasama dengan mangsa kemalangan dengan cara "settle tepi". Tetapi setelah selesai negos...
03/11/2025

Pelanggar pada awalnya mahu bekerjasama dengan mangsa kemalangan dengan cara "settle tepi". Tetapi setelah selesai negosiasi dan masing-masing pulang ke rumah, pelanggar BLOCK no tel mangsa dan enggan bertanggungjawab.

Kami faham mangsa risau tidak dapat membuat tuntutan setelah pelanggar hilang jejak. Tetapi setelah mangsa mendapatkan maklumat seperti gambar kad pengenalan, no plate kenderaan pelanggar. Kes tetap terus berjalan.

Pihak polis akan cuba menghubungi pelanggar untuk tampil membuat laporan kemalangan. Ia adalah tanggungjawab pihak polis memastikan pelanggar mahu bekerjasama.

Seandainya ia gagal, pihak guaman juga boleh membuat tuntutan sivil dengan menghantar beberapa LOD yang mana setiap satunya diberi tempoh 14 hari untuk dijawab oleh pelanggar dan membawa kepada perbicaraan mahkamah.

Jika masih gagal, tetap ada akta-akta tertentu yang boleh melindungi mangsa agar pelanggar akhirnya terpaksa bekerjasama. Dunia ini kecil untuk anda lari. Teruslah bekerjasama dengan profesional agar semuanya lancar.

________

Kapasiti Operasi Firma Guaman kami : Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Muar, Mersing, Segamat, Pontian, Tangkak, Kota Tinggi dll negeri jika diperlukan

Hubungi :
𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 (Manager)
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil dll
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

Singgah ke CIMB Bank Impian Emas JB. Jumpa client lama, beliau repeat guna khidmat guaman kami untuk buat Pindah Milik K...
15/07/2025

Singgah ke CIMB Bank Impian Emas JB. Jumpa client lama, beliau repeat guna khidmat guaman kami untuk buat Pindah Milik Kasih Sayang daripada bapa kepada anak-anak.

Saya senaraikan khidmat guaman yg kami tawarkan dlm firma kami :

✓ Hartanah (Conveyancing)
✓ Kemalangan (Third Party Bodily Injury)
✓ Pengagihan Pusaka dan Amanah Raya (Small Estate Distributon)
✓ Sivil
✓ Tuntutan Kerosakan Harta Benda (Property Damages Claim)

Alhamdulillah salah satu firma muslim yg sgt efisyen dan mahir menyelesaikan bidang tertera diatas.

Segala persoalan berkaitan perkhidmatan terus hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

HARGA SETIAP TULANG ANDA JIKA JADI MANGSA KEMALANGAN (TUNTUTAN KEMALANGAN)Ada klien-klien saya tanya "Berapa claim palin...
01/03/2025

HARGA SETIAP TULANG ANDA JIKA JADI MANGSA KEMALANGAN (TUNTUTAN KEMALANGAN)

Ada klien-klien saya tanya "Berapa claim paling tinggi untuk tuntutan kemalangan yg boleh dapat? Saya patah kaki, sy patah tangan dan sebagainya".

Normally saya akan jawab secara general sahaja. Contohnya patah bahagian kaki tibia dan fibula paling tinggi boleh pegi dalam 42k..Nanti sy lampirkan di bahagian foto dibawah.

Kita boleh bagi figure secara kasar sahaja, kerana selebihnya kenalah rujuk :
1) Medical report
2) Laporan pakar
3) Tengok pada keputusan kes, dan faktor-faktor lain.

Contoh lain yg mempengaruhi nilai claim, ada internal injuries macam gegaran otak, paru² dll, Sexual Organ, Sense of Smell/Taste macam hilang deria rasa.

Perkara-perkara ni akan mempengaruhi nilai yang wajar kalian dapat dalam tuntutan. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut atau anda/kenalan terlibat dalam kemalangan boleh hubungi saya terus.

Rajah di bawah ni (gambaran ringkas) sy edit sendiri, untuk share ke anda semua.

__________________

Mencari Firma Guaman di Johor Bahru / Kulai / Batu Pahat/ Muar / Mersing / Segamat / Pontian / Tangkak? Hubungi :

𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Firma Guaman Atiqah Murni & Associate
Hartanah | Pusaka | Tuntutan Kemalangan | Sivil
📞 No Tel : 011-6181 7246
📱 Whatsapp : https://wa.me/message/UCCFFWXVZATSN1

___________________

Address

No. 15-01-05, Jalan Dataran Larkin 2, Taman Dataran Larkin
Johor Bahru
80300

Telephone

+60187703896

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hakim Guaman Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category