19/04/2026
MPS TLDM Jayakan FLP Siri 1/2026 dan Mesyuarat Strategik Suku Tahun Pertama
SUNGAI PETANI, 17-19 Apr 26 | Markas Pasukan Simpanan TLDM telah berjaya melaksanakan Forum Latihan Premier (FLP) Siri 1/2026 bersama Mesyuarat JKPAK, JPS dan JTK bagi suku tahun pertama 2026. Mesyuarat ini menghimpunkan kepimpinan serta pegawai dari seluruh Unit Bawah Naungan (UBN) dalam satu platform strategik.
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Pasukan Simpanan TLDM, manakala mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Staf, Kept Shaharuddin bin Abu Bakar TLDM bersama ketua-ketua bahagian MPS TLDM, sekali gus menzahirkan komitmen padu kepimpinan dalam memperkukuh tadbir urus dan kesiapsiagaan Markas.
Sesi mesyuarat dan forum memberi tumpuan kepada penambahbaikan pelaksanaan latihan UBN, pemantauan pengurusan aset kerajaan, semakan keberkesanan Sistem Pengurusan Strategik (SPS) serta pengukuhan tadbir urus dan kesiapsiagaan organisasi.
Sepanjang program, para peserta turut terlibat dalam sesi perbincangan, pembentangan isu serta penyelarasan tindakan bagi memastikan hala tuju latihan dan pengurusan Markas berada pada tahap terbaik.
Program berakhir dengan sesi Resolusi dan Penutup oleh YBhg Panglima Pasukan Simpanan TLDM pada 19 April 2026, menandakan komitmen berterusan MPS TLDM dalam memperkasa latihan dan pengurusan UBN.