Mior Haidir

Mior Haidir Jika hendak membuat sesuatu perkara itu, buat sehabis baik. Jika tidak, jangan mulakan sama sekali.

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN RAKYAT1.  Keegoan BN dalam rundingan pembahagian kerusi semakin menyus...
10/08/2026

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN RAKYAT

1. Keegoan BN dalam rundingan pembahagian kerusi semakin menyusahkan usaha membina persefahaman. Lebih membimbangkan, BN seolah-olah mula merasakan bahawa orang Melayu sudah kembali menerima mereka dan mereka kembali menjadi “abang besar” dalam politik Melayu.

2. Keputusan PRU15 sudah memberikan gambaran yang jelas. BN hanya memenangi 30 daripada 222 kerusi Parlimen. Ini bukan lagi kedudukan sebuah parti yang boleh menganggap dirinya sebagai kuasa dominan seperti dahulu.

3. BN masih mampu bertahan di beberapa kerusi tradisi, dibantu oleh sejarah, struktur parti yang lama, jentera yang kuat dan kemampuan kewangan. Tetapi semua itu bukan bukti bahawa sokongan rakyat telah kembali seperti dahulu.

4. Lihat sahaja negeri-negeri SG4. Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan penolakan yang sangat jelas terhadap BN. PN bukan sekadar menang di negeri-negeri tersebut, malah menang dengan begitu solid.

5. Perubahan pola sokongan ini juga tidak boleh dilihat hanya di SG4.

6. Di Perak, Selangor dan Pahang, BN juga berhadapan dengan persaingan yang jauh lebih kuat berbanding kedudukan mereka pada masa lalu.

7. Dalam beberapa kawasan, sokongan terhadap BN semakin terhakis, manakala PN p**a semakin diterima dan membina kekuatan di peringkat akar umbi.

8. Ini menunjukkan bahawa landskap politik Melayu telah berubah dan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan kedudukan BN pada era sebelumnya.

Melaka p**a sering dijadikan contoh oleh BN.

9. Ya, pada PRN 2021 BN menang 21 daripada 28 kerusi. Tetapi kadar keluar mengundi ketika itu hanya 65.85%, dalam suasana pandemik COVID-19. Setahun kemudian, pada PRU15, BN gagal memenangi satu pun daripada enam kerusi Parlimen Melaka.

10. Maka jangan jadikan keputusan PRN 2021 sebagai bukti mutlak bahawa rakyat Melaka telah kembali menerima BN.

Apa yang berlaku selepas itu lebih penting.

11. Apabila berlaku persefahaman PN-BN, termasuk keadaan di mana penyokong parti-parti dalam PN memberikan sokongan kepada calon BN, konfigurasi pertandingan berubah.

12. Undi yang sebelum ini berpecah turut berubah arah dan beberapa kerusi yang pernah dimenangi PH kembali kepada BN.

13. Begitu juga di Johor dan Negeri Sembilan. Kemenangan BN perlu dilihat dalam konteks perubahan pola pertandingan dan persefahaman politik, bukannya terus ditafsirkan sebagai tanda bahawa BN telah kembali mendapat sokongan seperti era dahulu.

14. Persefahaman ini juga memberikan ruang yang lebih besar kepada komponen-komponen BN seperti MCA dan MIC untuk kembali mendapat tempat dalam landskap politik berbanding kedudukan mereka sebelum ini ketika berada dalam keadaan yang lebih didominasi oleh PH.

Ini yang BN perlu faham.

15. Jangan keliru antara kemenangan hasil persefahaman dengan penerimaan mutlak rakyat.

16. Jika benar BN sudah kembali kuat dan benar-benar diterima rakyat Melayu, tidak perlu menggunakan keputusan pilihan raya yang lalu sebagai alasan untuk menganggap semua kerusi tersebut sebagai “kerusi BN”.

17. PRN Melaka dan negeri-negeri lain selepas ini akan menjadi ujian sebenar.

18. Lebih-lebih lagi apabila pilihan raya negeri akan datang akan menguji semula pola sokongan rakyat dalam keadaan politik yang berbeza.

19. BN tidak boleh menganggap sedikit kelonggaran penerimaan selepas persefahaman sebagai bukti bahawa orang Melayu sudah melupakan segala kekecewaan terhadap BN.

Jangan terlalu cepat mendabik dada.

20. Dalam masa yang sama, PN juga perlu tegas.

21. Jangan terlalu takut kehilangan persefahaman sehingga akhirnya menerima sahaja apa yang BN tuntut. Jika PN mempunyai kekuatan dan sokongan akar umbi di sesuatu kawasan, PN mesti berani mempertahankannya.

Persefahaman tidak bermaksud PN perlu mengorbankan kekuatan sendiri.

22. Jika PN terlalu banyak mengalah, jangan terkejut jika pengundi sendiri mula bertanya:

“Kalau PN sendiri tidak berani mempertahankan kekuatannya, mengapa kami perlu terus mempertahankan PN?”

Ini bukan soal siapa lebih besar.
Ini soal siapa yang benar-benar mempunyai sokongan rakyat.
BN perlu merendahkan ego.
PN p**a perlu tegas.

23. Kerana selepas Melaka, negeri-negeri lain juga akan melalui pilihan raya. Keputusan-keputusan itu akan menentukan sama ada BN benar-benar telah kembali diterima atau sekadar mendapat manfaat daripada perubahan konfigurasi politik dan persefahaman.

24. Jangan jadikan persefahaman sebagai lesen untuk BN mendakwa semua kerusi adalah milik mereka.

25. Dan jangan p**a PN mengorbankan sokongan yang telah dibina hanya kerana mahu menjaga persefahaman.

26. Akhirnya, kita perlu kembali kepada prinsip yang paling asas:

𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜.
𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧.

Rakyatlah yang menentukan siapa yang layak mewakili mereka.

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN

PN P**A JANGAN KELIRU ANTARA PERSEFAHAMAN DAN PENGORBANAN

Mior Haidir
Timbalan Presiden
Parti Pejuang Tanahair
10 Ogos 2026

ABCD: NILAI MEMBENTUK PEMIMPIN, PEMIMPIN MEMBENTUK BANGSA1. Orang Melayu tidak sekadar mengimpikan perpaduan, tetapi men...
07/08/2026

ABCD: NILAI MEMBENTUK PEMIMPIN, PEMIMPIN MEMBENTUK BANGSA

1. Orang Melayu tidak sekadar mengimpikan perpaduan, tetapi mendambakan kepimpinan yang mampu menyatukan hati.

2. Kerana akhirnya, yang menentukan masa depan bangsa bukanlah siapa pemimpinnya, tetapi nilai yang dibawa oleh pemimpinnya.

3. Nilai itu bukan sesuatu yang baharu. Ia telah lama menjadi teras kepimpinan Melayu—cuma semakin dilupakan.

4. Nilai itu ialah ABCD – Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi. Inilah ukuran sebenar seorang pemimpin. Amanah dalam memikul tanggungjawab, Bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa, Cekap menyelesaikan masalah rakyat, serta Berdedikasi berkhidmat tanpa mengutamakan kepentingan diri.

5. Inilah nilai yang telah membina negara dan mengangkat Malaysia ke persada dunia yang pernah dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin yang membangunkan negara, termasuk pengasas Parti Pejuang Tanahair yang juga Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

6. Untuk mengembalikan maruah bangsa dan memperkukuh negara, kita tidak perlu mencipta formula baharu. Cukuplah kita kembali kepada asas yang tidak pernah lapuk—Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi.

7. Apabila nilai-nilai ini hidup dalam diri setiap pemimpin, kepercayaan rakyat akan kembali dan perpaduan akan menjadi lebih kukuh.

8. ABCD bukan slogan politik. Ia bukan juga jenama mana-mana parti.

9. ABCD ialah kehendak rakyat terhadap setiap pemimpin.

10. ABCD bukanlah nilai yang baharu. Ia mencerminkan nilai-nilai murni yang selaras dengan tuntutan agama, budaya dan prinsip kepimpinan yang baik.

11. Jika kita benar-benar mahu melihat perpaduan Melayu berkekalan, maka setiap pemimpin hendaklah dinilai bukan kerana nama, pangkat atau pengaruhnya, tetapi berdasarkan sejauh mana beliau menghayati nilai Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi.

12. Marilah kita membina perpaduan yang berteraskan kebenaran, bukan kompromi terhadap kebatilan. Kerana kemenangan yang lahir daripada prinsip akan melahirkan kepercayaan, manakala kemenangan yang dibina atas pengabaian prinsip hanya akan menjadi sejarah yang singkat sebelum ditolak oleh rakyat.

"Perpaduan menyatukan langkah, tetapi nilai menentukan arah. Selagi Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi menjadi pedoman, selagi itulah kepimpinan akan dihormati dan rakyat tidak akan tersesat memilih arah."

Mior Haidir
Timbalan Presiden
Parti Pejuang Tanahair
7 Ogos 2026



Mesyuarat MEP Parti Pejuang Tanahair
06/08/2026

Mesyuarat MEP Parti Pejuang Tanahair

KENYATAAN MEDIADato Seri Utama PresidenPilihan Raya Negeri bagi Negeri Sembilan 20261. Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat ...
16/07/2026

KENYATAAN MEDIA
Dato Seri Utama Presiden

Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sembilan 2026

1. Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG yang ke-143 hari ini berlangsung dengan dua agenda penting yakni perbincangan isu pasca PRN Johor 2026 dan halatuju Pejuang bagi PRN Negeri Sembilan 2026.

2. Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa PEJUANG kekal komited menyokong semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal dinamakan dalam sebelas (11) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan akan membantu kempen PN di PRN Negeri Sembilan 2026.

3. Mesyuarat juga bersetuju bahawa PEJUANG tidak akan meletakkan mana-mana calon di PRN Negeri Sembilan 2026.

Sekian.
Salam hormat.

Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir
Presiden
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
16.07.2026

Selamat Ulang Tahun ke-101 buat Tun Dr. Mahathir Mohamad.Bagi saya, Tun bukan sekadar seorang negarawan, tetapi insan ya...
10/07/2026

Selamat Ulang Tahun ke-101 buat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagi saya, Tun bukan sekadar seorang negarawan, tetapi insan yang telah meletakkan asas perjuangan yang membentuk pemikiran dan semangat ramai anak bangsa, termasuk saya sendiri.

Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berjuang bersama Tun dan menyaksikan sendiri keteguhan prinsip serta kecintaan Tun kepada bangsa dan negara. Pada usia 101 tahun, Tun terus mengajar kami bahawa perjuangan yang benar tidak mengenal usia dan tidak pernah mengenal penat.

Terima kasih, Tun, kerana membuka jalan dan menyalakan obor perjuangan yang akan terus kami bawa ke hadapan.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan, ketenangan dan keberkatan yang berpanjangan.

Selamat ulang tahun, Tun.

Mior Haidir
Timbalan Presiden
Parti Pejuang Tanahair

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perjuangan.Hari ini kita menyambut ulang tahun Parti Pejuang Tanaha...
08/07/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perjuangan.

Hari ini kita menyambut ulang tahun Parti Pejuang Tanahair yang ke 5.

Bagi sesetengah orang, Pejuang hanyalah sebuah parti politik. Tetapi bagi kita yang berada di sini sejak awal, Pejuang adalah kisah tentang keyakinan yang tidak pernah padam walaupun berulang kali diuji.

Kita dilahirkan dalam cabaran. Kita melalui proses mahkamah untuk mendapatkan hak sebagai sebuah parti politik yang sah. Ketika ramai meragui masa depan Pejuang, kita tetap melangkah.

Kita turun ke pilihan raya dengan penuh harapan. Kita berdepan kekalahan. Kita kehilangan deposit. Kita dipersoalkan oleh kawan dan lawan. Ada yang ketawa melihat kegagalan kita, dan ada yang memilih meninggalkan perjuangan ini.

Namun saudara-saudari tetap bertahan.

Tetap hadir ke program walaupun kerusi tidak penuh. Tetap mengibarkan bendera walaupun diperlekehkan. Tetap mempertahankan perjuangan walaupun tiada jawatan untuk direbut dan tiada kemenangan untuk dibanggakan.

Hakikatnya, Pejuang masih hidup pada hari ini bukan kerana pemimpin-pemimpinnya.

Pejuang masih hidup kerana adanya ahli-ahli biasa yang luar biasa.

Mereka yang tidak pernah mendapat liputan media. Mereka yang menggunakan wang sendiri untuk bergerak. Mereka yang terus percaya walaupun berkali-kali dikecewakan.

Kepada seluruh ahli akar umbi, saya merakamkan penghargaan dan penghormatan yang setinggi-tingginya atas kesetiaan saudara-saudari.

Hari ini apabila Pejuang diterima sebagai komponen Perikatan Nasional, jangan sesekali kita lupa perjalanan yang membawa kita ke titik ini. Kita tidak sampai ke sini kerana jalan yang mudah. Kita sampai ke sini kerana kita tidak menyerah ketika orang lain sudah mengalah.

Perjuangan ini belum selesai. Cabaran yang lebih besar mungkin menanti di hadapan. Namun jika kita mampu mengharungi segala yang telah berlaku sebelum ini, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh selepas ini.

Sempena ulang tahun ini, marilah kita terus memperbaharui tekad untuk kekal bersama perjuangan yang kita percaya sejak hari pertama.

Kerana sejarah Pejuang bukan sejarah tentang kemenangan yang mudah.

Sejarah Pejuang adalah sejarah tentang sekump**an manusia yang enggan menyerah walaupun berkali-kali dijatuhkan.

Selamat Ulang Tahun Parti Pejuang Tanahair.

Kekal Berprinsip. Terus Berjuang.

Mior Haidir
Timbalan Presiden
Parti Pejuang Tanahair
8 Julai 2026

02/07/2026

Semangat dan sokongan yang ditunjukkan golongan muda memberi keyakinan bahawa mereka mahukan masa depan yang lebih baik untuk Gambir dan Johor.

Ingat Suraya, ingat masa depan.

Anak muda bersama Perikatan Nasional.

Suraya untuk Gambir
Calon No. 3
N.09 DUN Gambir



27/06/2026

Penamaan Calon DUN N. 09, Gambir.
Perikatan Nasional!!!!

Undi 1 dapat 2,
Undi 2 dapat 1,
Baik undi 3,
Tak payah kongsi.

UNDI Calon No. 3 Perikatan Nasional.

Bekwoh Kelantan
13/06/2026

Bekwoh Kelantan

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mior Haidir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share