Termizi

Termizi Faraid, Hibah, Wasiat, Pusaka

🔥 HIBAH MUTLAK Kini di Pasaran! 🔥Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku Hibah Mutlak yang kini boleh anda dapatkan ...
06/11/2024

🔥 HIBAH MUTLAK Kini di Pasaran! 🔥

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku Hibah Mutlak yang kini boleh anda dapatkan terus di sini:

https://my.shp.ee/s371aW4

Stok TERHAD, hanya edisi cetakan digital eksklusif. Siapa cepat dia dapat—jangan tunggu sampai kehabisan!

Terima kasih atas sokongan anda, dan segera dapatkan Hibah Mutlak hari ini!

KURSUS PROFESIONAL PEWARISAN 2024Ini adalah kali ketiga Solusi Pewarisan dengan bangga menganjurkan kursus ini. Berbekal...
06/11/2024

KURSUS PROFESIONAL PEWARISAN 2024

Ini adalah kali ketiga Solusi Pewarisan dengan bangga menganjurkan kursus ini. Berbekalkan pengalaman terdahulu, kami hadir kali ini dengan penambahbaikan yang lebih mantap dan bersedia menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan.

Siri Kira Faraid akan membuka tirai siri ini, dan kami merancang untuk menetapkan tarikh bagi Siri Rancang Harta & Urus Pusaka berdasarkan perbincangan bersama peserta awal. Ini kerana, pengalaman lalu menunjukkan peserta Siri Kira Faraid sering berminat menyertai siri-siri lanjutan. Kami percaya dengan kaedah ini, setiap peserta akan dapat menyusun jadual mereka dengan lebih baik dan memaksimumkan manfaat daripada keseluruhan program.

APA YANG ANDA AKAN TERIMA?

Untuk Siri Kira Faraid, setiap peserta akan menerima tiga buku eksklusif secara percuma:

1. Kirossako: Mudahnya Faraid
2. Kematian Berlapis
3. Tolak Hak

Selain itu, nota lengkap dalam bentuk slaid pembentangan juga akan disediakan untuk memudahkan pemahaman.

Apa yang akan anda pelajari?

• Kiraan faraid berlapis dan kes kompleks yang semakin kerap berlaku hari ini.

• Cara pengiraan takharuj (tolak hak) – satu kaedah faraid yang sering disalah fahami.

• Persediaan pengiraan yang digunakan dalam kes mahkamah untuk membantu proses perintah faraid.

Hakikatnya, makin banyak hakim syarie kini meminta peguam syarie menyertakan cadangan kiraan dalam kes faraid. Malah, saya sendiri baru sahaja mengendalikan kes 5 lapis kematian dan menerima perintah yang sepadan dengan cadangan kiraan yang dikemukakan. Sekarang saya sedang menyelesaikan kes 26 lapis kematian – contoh nyata betapa pentingnya penguasaan ilmu munasakhat pada zaman ini.

Takharuj juga adalah topik kritikal. Ramai yang keliru antara faraid dan pembahagian sama rata – sedangkan kedua-duanya adalah sebahagian daripada faraid jika dilakukan dengan betul. Jadi, apa yang lebih baik? Faraid atau… sama banyak (faraid)? 😊

Peluang Tidak Selalu Datang Dua Kali

Program ini adalah peluang untuk anda menyelami ilmu pewarisan Islam secara mendalam dan menyelesaikan persoalan warisan dengan yakin dan tepat. Kami akan belajar bersama-sama – mengajar dan belajar seiring, berkongsi segala yang kami ada demi manfaat semua.

Daftar Sekarang!

Hubungi nombor tertera di poster di bawah dan sertai kami dalam kursus yang pasti memberi ilmu berharga untuk dimanfaatkan sepanjang hayat.

“Ilmu faraid ini bukan sekadar ilmu pembahagian, tetapi ilmu mempersiapkan amanah akhir kita dengan sebaik-baiknya.”

Jangan lepaskan peluang – daftar segera!

Definisi ’Aul‘Aul secara bahasa bermakna naik atau tambah. Menurut istilah, iaitu adanya angka lebih dalam saham-saham a...
30/08/2024

Definisi ’Aul

‘Aul secara bahasa bermakna naik atau tambah. Menurut istilah, iaitu adanya angka lebih dalam saham-saham ahli waris, dengan jumlah nilai asal masalah. Berlakunya penyusutan dalam kadar penerimaan mereka kerana asal masalah dan jumlah yang tidak seimbang. Jika harta warisan dibahagikan tanpa ‘aul, ada ahli waris fardhu yang tidak mendapat haknya.

Penyelesaian cara ‘aul ini menjaminkan bagi setiap orang daripada waris akan dapat menerima bahagian masing-masing dengan cara yang sangat adil, walaupun mereka memperolehi nilai pusaka dalam jumlah yang kurang dari jumlah asal yang patut mereka terima.

Pengurangan jumlah ini akan melibatkan semua waris. Tiada siapa yang terkecuali. Inilah keadilan pembahagian pusaka mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syarak. Tiada sesiapa pun dalam keadaan yang seperti ini, yang akan merasakan bahawa dia dizalimi atau tertindas berhubung dengan pembahagian ini.

Pembahagian pusaka dengan cara ‘aul ini berlaku pada zaman Khalifah ‘Umar al Khattab R.A.

BELAJAR DAN AJARKANLAH ILMU FARAIDMengajar ilmu faraid, yang merujuk kepada ilmu pembahagian harta pusaka menurut hukum ...
09/08/2024

BELAJAR DAN AJARKANLAH ILMU FARAID

Mengajar ilmu faraid, yang merujuk kepada ilmu pembahagian harta pusaka menurut hukum syarak dalam Islam, adalah satu amalan yang sangat mulia dan penting. Berikut adalah beberapa kebaikan berlumba-lumba dalam mengajar ilmu faraid:

1. Memastikan Pembahagian Harta yang Adil:

- Faraid adalah kaedah yang ditetapkan oleh Allah untuk memastikan pembahagian harta pusaka dilakukan dengan adil dan saksama di kalangan waris. Mengajar ilmu faraid membantu masyarakat memahami dan mempraktikkan pembahagian yang betul, mengelakkan ketidakadilan dan pertikaian di kalangan keluarga.

2. Memelihara Hak Waris:

- Dengan mengajar ilmu faraid, seseorang membantu memelihara hak waris, terutama golongan yang mungkin terpinggir seperti wanita dan kanak-kanak. Ilmu ini memastikan bahawa hak setiap individu dihormati mengikut ketetapan syarak, sekaligus menjaga keharmonian keluarga.

3. Menambah Keberkatan Harta:

- Apabila harta dibahagikan mengikut hukum faraid, keberkatan dalam harta tersebut bertambah kerana ia selaras dengan perintah Allah. Mengajar ilmu ini kepada orang lain adalah satu usaha untuk memastikan keberkatan ini terjaga dalam masyarakat.

4. Mengurangkan Pertikaian Keluarga:

- Pertikaian mengenai pembahagian harta pusaka sering berlaku jika tiada ilmu yang mencukupi. Mengajar ilmu faraid membantu mengurangkan potensi konflik dengan memberikan panduan yang jelas tentang pembahagian harta, berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

5. Melaksanakan Tanggungjawab Agama:

- Menyampaikan ilmu, termasuk ilmu faraid, adalah tanggungjawab setiap Muslim yang berilmu. Berlumba-lumba dalam mengajar ilmu ini adalah cara untuk melaksanakan amanah dan kewajipan sebagai seorang Muslim, dan ia juga mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

6. Menjaga Keharmonian dan Kesejahteraan Masyarakat:

- Apabila ilmu faraid disebarkan dan diamalkan, ia membantu menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Pembahagian harta yang teratur mengelakkan rasa tidak puas hati, iri hati, dan dendam yang boleh merosakkan hubungan keluarga dan masyarakat.

Dengan mengajar ilmu faraid, seseorang bukan sahaja menyebarkan ilmu yang bermanfaat, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan sosial dan keharmonian dalam masyarakat Islam. Inilah sebabnya mengapa berlumba-lumba dalam mengajar ilmu ini adalah suatu amalan yang sangat digalakkan.

Hari ini kat Shah Alam. Jualan buku juga ada dibuat.
16/07/2024

Hari ini kat Shah Alam. Jualan buku juga ada dibuat.

WARIS HILANGOrang yang hilang ialah orang yang terputus berita tentang keadannya seperti dia tidak dapat dihubungi dan t...
10/09/2023

WARIS HILANG

Orang yang hilang ialah orang yang terputus berita tentang keadannya seperti dia tidak dapat dihubungi dan tiada sesiapa yang tahu keadaannya sama ada dia masih hidup atau telah mati. Orang yang hilang ini dikenali dalam istilah fekah sebagi ‘mafqud’. Mafqud dari sudut istilahnya bermaksud: Seseorang yang hilang dari ahli keluarganya, negerinya, keluarga-keluarganya yang lain tanpa diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meniggal dunia dan tidak diketahui di mana tempatnya berada, dengan berlalunya satu tempoh masa berlakunya keadaan tersebut, maka ia dinamakan sebagai hilang. Ini berdasarkan pandangan mazhab Hanafi.

Para ulama’ mazhab Maliki p**a mentakrifkan al-Mafqud: seseorang yang terputus perkhabaran darinya namun masih berkemungkinan dijumpai.
Manakala para ulama’ Syafie p**a mentakrifkan al-Mafqud sebagai seorang yang terputus khabarnya dan tidak diketahui keadaannya sama ada beliau berada di dalam perjalanan atau tinggal di sesuatu tempat atau ketika dia menyertai peperangan atau ketika kapal yang dinaikinya karam atau selain daripada situasi-situasi tersebut.

Manakala di sisi pandangan ulama’ Hanbali: al-Mafqud adalah seseorang yang terputus khabarnya tanpa diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia, iaitu seseorang yang tidak diketahui khabarnya sama ada disebabkan oleh tawanan ataupun permusafiran.

Menurut Mushaddad Hasbullah, Mohamad Zaharuddin Zakaria, dan Zahari Mahad Musa, mereka mendapati takrifan yang diberikan oleh ulama’ mazhab Hanafi merupakan takrifan yang paling tepat kerana ia menjelaskan tiga situasi yang dialami oleh orang yang hilang, iaitu:

1) tidak diketahui tempat keberadaannya;
2) tidak diketahui sama ada dia masih hidup;
3) tidak diketahui sama ada dia telah meninggal dunia;
disamping berlakunya situasi-situasi tersebut dengan berlalunya satu tempoh tertentu.

Orang yang hilang dianggap masih hidup (kerana asalnya hidup) kecuali terbukti bahawa mereka sudah meninggal dunia.

Jika boleh dibuat carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & JPN sahkan bahawa mereka sudah meninggal dunia, maka bolehlah dianggap waris tersebut sudah meninggal dunia mengikut tarikh mati yang disahkan oleh JPN. Satu carian sijil kematian juga boleh dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kematian waris tersebut.

Mengenai bahagian faraid waris yang hilang (yang disimpan) bahagian tersebut hendaklah diserahkan kepada syarikat pemegang amanah yang dilantik oleh pentadbir tanah atau mahkamah.

Selalunya pihak Amanah Raya Berhad (ARB) akan dilantik sebagai pemegang amanah bagi waris yang hilang sehinggalah waris tadi datang menuntut hak mereka. Satu fail/akaun akan dibuka oleh ARB, dan ARB akan merekodkan maklumat setakat yang dimaklumkan kepada mereka.

Dalam perintah faraid, nama waris yang hilang ini akan ditulis sebagaimana yang diberi dalam keterangan oleh pemohon dan saksi-saksi semasa sesi bicara dalam permohonan sijil faraid, dan bahagian pengenalan diri mereka selalunya akan dicatat sebagai ‘tiada maklumat’

* untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan pusaka, cepat daftar program di bawah.


[KURSUS PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA]Firman Allah SWT: إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا ...
23/08/2023

[KURSUS PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA]

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
(QS Ar-Ra’d : 11)

Setakat 2016, sebanyak RM60 bilion harta pusaka yang tidak dituntut dan jumlah ini akan terus meningkat!

Kami daripada Solusi Pewarisan ingin menjemput seluruh masyarakat yang berminat untuk menyertai program Kursus Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi. Kursus ini merupakan program khas anjuran Solusi Pewarisan Sdn Bhd.

Oleh itu, kami akan membawakan kepada anda slot pengisian dari penceramah yang berkaliber dan berpengalaman di dalam bidang harta pusaka.

Berikut merupakan butiran kursus:

📌Tarikh : 14 Oktober 2023 | Sabtu
📌Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
📌Tempat : Bandar Baru Bangi
📌Penceramah : Tn Ahmad Termizi Abdullah

💠Yuran penyertaan adalah termasuk dengan:

1️⃣ Makan/minum pagi, Tengahari dan petang.
2️⃣ Nota khas khusus
3️⃣ Sijil penyertaan

Jom mendaftar segera bagi yang berminat mahu mendalami ilmu harta pusaka ini.

Link Pendaftaran:https://forms.gle/XcrK7Ut7fQotWiKu8

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Aliif : www.wasap.my/+60135196782/

27/05/2023

Saya pohon maaf kepada followers page Ini. Saya sudah tidak aktif pada page Ini. Anda semua boleh follow saya di page personal saya ‘Ahmad Termizi Abdullah’ atau follow TikTok saya . Terima kasih semua.

Pendaftaran masih dibuka.Dalam program ini, saya akan bincangkan mengenai instrumen pewarisan dengan lebih terperinci. P...
09/02/2023

Pendaftaran masih dibuka.

Dalam program ini, saya akan bincangkan mengenai instrumen pewarisan dengan lebih terperinci. Peserta akan dapat nota, buku, dan contoh dokumen wasiat lagi.

Cepat, daftar segera sebelum terlambat.

Boleh hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut.

UNDANG-UNDANG HIBAH DI SINGAPURA1. Singapura mengiktiraf hibah ruqba dengan syarat ia didokumenkan oleh pihak-pihak. Ia ...
23/12/2022

UNDANG-UNDANG HIBAH DI SINGAPURA

1. Singapura mengiktiraf hibah ruqba dengan syarat ia didokumenkan oleh pihak-pihak. Ia tidak berlaku secara otomatik, tetapi pilihan diberi kepada pemilik rumah bagi pemilikan bersama untuk menyediakan dokumen hibah ruqba.

2. Mengikut prinsip survivorship joint tenancy, apabila berlaku kematian salah seorang daripada pemilik bersama joint tenancy, pemilik yang masih hidup akan mewarisi hak milik si mati.

3. Misalnya, apabila suami meninggal dunia, si isteri yang menjadi pemilik bersama rumah mereka akan mewarisi kesemua hak milik rumah tersebut.

4. Bagaimanapun mengikut fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS):

“Oleh kerana pemilikan sebahagian rumah itu masih menjadi hak milik si mati ketika dia meninggal dunia, maka harta tersebut tertakluk kepada hukum perwarisan di dalam Islam.”

Fatwa menambah:

“Sekiranya tidak terdapat sebarang aqad perjanjian lain di antara pemilik bersama rumah tersebut, maka rumah yang ditinggalkan si mati bukanlah milik mutlak pemilik bersama yang hidup. Pemilik bersama yang hidup hanya berhak mendapat separuh bahagian (50 peratus) daripada nilai harga rumah tersebut. Bahagian ini diperolehi atas sebab hak beliau sebagai pemilik bersama (joint- tenant).”

Mengikut fatwa lagi:

“Sekiranya terdapat aqad perjanjian lain bagi pembelian rumah tersebut, sama ada aqad hibah ruqba ataupun nuzriah, yang menyatakan dengan jelas bahawa rumah tersebut diberikan sepenuhnya kepada pemilik bersama yang masih hidup, sekiranya berlaku kematian kepada pemilik bersama yang satu lagi, maka rumah tersebut menjadi milik penuh pemilik bersama yang masih hidup.”

5. Berikutan itu, dengan adanya nuzriah atau hibah ruqba seperti yang disarankan fatwa, niat si mati agar hak miliknya dipindahkan sepenuhnya kepada pemilik bersama yang hidup boleh dilaksanakan.

6. Hibah ruqba juga diiktiraf di Singapura dalam undang-undang berkait wang CPF. Pencarum CPF ada dua pilihan:

Pertama, jika beliau ingin wang CPF-nya itu dibahagikan kepada waris-waris tertentu, maka beliau boleh menamakan mereka sebagai nominee dalam borang nominasi CPF. Selepas kematiannya, wang itu akan disalurkan pihak CPF kepada para nominee tersebut.

Kedua, jika beliau mahu wang itu dibahagikan mengikut faraid, beliau tidak perlu buat nominasi. Dengan cara ini, pihak CPF akan mengagihkan wang CPF-nya itu kepada waris-waris faraidnya mengikut sijil warisan (Certificate of Inheritance) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

7. Di negara kita, pencarum wang KWSP tiada pilihan untuk melakukan hibah ruqba. Penamaan KWSP di negara kita dikira sebagai perlantikan pemegang amanah / pentadbir sahaja yang akan membahagikan wang KWSP sekiranya berlaku kematian kepada pencarum mengikut pembahagian faraid. Jika tiada penamaan, memanglah mesti dibahagikan wang KWSP mengikut pembahagian faraid. Jadi, ikut mana- mana pun, wang KWSP di Malaysia memang kena bahagi mengikut pembahagian faraid, cuma yang membezakan adalah sama ada dilantik pemegang amanah / pentadbir semasa hidup pencarum atau membiarkan sahaja waris melantik pentadbir selepas pencarum meninggal dunia. Terdapat perbezaan fatwa dan undang- undang yang ketara antara dua negara yang berjiran ini.

UNDANG-UNDANG HIBAH DI MALAYSIA1. Hibah secara amnya telah dinyatakan di dalam Jadual 9 Senarai Kedua “Senarai Negeri” P...
22/12/2022

UNDANG-UNDANG HIBAH DI MALAYSIA

1. Hibah secara amnya telah dinyatakan di dalam Jadual 9 Senarai Kedua “Senarai Negeri” Perlembagaan Persekutuan sebagai terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan atau konflik mengenai bidang kuasa mahkamah di dalam kes- kes yang melibatkan hibah semata-mata kerana Senarai Negeri jelas mengatakan bahawa hibah adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

2. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah setiap negeri mempunyai peruntukan mengenai hibah. Oleh hal yang demikian, bolehlah dinyatakan bahawa hibah adalah terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah. Namun hakikatnya, bidang kuasa tersebut hanya menjadi hak mutlak Mahkamah Syariah sekiranya kes tersebut ialah kes hibah semata-mata.

3. Maksud kes hibah semata-mata ialah sekiranya isu yang timbul adalah mengenai keesahan hibah tersebut, ataupun isu penarikan balik hibah ataupun isu bahagian harta yang dihibahkan tersebut. Dalam kes-kes sebegini, pihak-pihak yang berkenaan haruslah membawa kes tersebut untuk didengari di Mahkamah Syariah memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah berdasarkan Perkara 121 (1A).

4. Manakala perundangan atau statut khusus tentang hibah hanyalah wujud berkaitan hibah takaful sahaja iaitu dalam Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Mengenai hibah-hibah bersyarat yang lain iaitu hibah amanah, dan hibah hartanah bercagar, masih terdapat kelompangan (lacuna) yang ketara.

Penarikan balik hibah selepas penerimaan harta hibah (qabd) oleh penerima hibahPenarikan balik hibah yang telah sempurna...
18/12/2022

Penarikan balik hibah selepas penerimaan harta hibah (qabd) oleh penerima hibah

Penarikan balik hibah yang telah sempurna dengan penerimaan (qabd) oleh penerima hibah selain dari hibah seorang bapa kepada anaknya juga telah menjadi perselisihan ahli-ahli fekah (fuqaha’) tentang keharusannya.

Perselisihan tersebut terbahagi kepada tiga pendapat iaitu:

Pendapat pertama yang merupakan pendapat mazhab Syafie, Hanbali, Abu Thauri, Ibn Hazm, Daud al-Zahiry dan sabahat- sabahatnya.

Mereka berpendapat bahawa hibah yang telah sempurna tidak harus bagi pemberi hibah menarik balik hibahnya.

Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut:

i. Firman Allah s.w.t.:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian...”

Hibah merupakan akad yang ditunaikan dan tidak harus ditarik balik.

ii. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan muntahnya kembali.”

iii. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar:

“Tidak halal bagi seseorang yang memberi hibah menarik balik hibahnya kecuali hibah bapa kepada anaknya.”

Rasulullah s.a.w. menyamakan penarikan balik hibah dengan satu gambaran yang teruk yang di luar tabiat semula jadi manusia yang baik iaitu gambaran seperti anjing yang menelan semula muntahnya.

Pendapat kedua p**a merupakan pendapat mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah bahawa sekiranya hibah itu diberikan kepada pihak ketiga (ajnabi) dan telah sempurna pemberian hibah dengan penerimaan harta hibah (qabd) oleh penerima hibah, maka tidak terhalang pemberi hibah daripada menarik balik hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara yang menghalang penarikan hibah.

Sungguhpun begitu, menurut ahli-ahli fekah (fuqaha’) mazhab Hanafi ia makruh dan tidak digalakkan.

Perkara-perkara yang menghalang penarikan balik hibah menurut mazhab Hanafi:

i. Berlaku pertambahan yang tidak boleh dipisahkan pada barang yang dihibah sama ada disebabkan oleh perbuatan penerima hibah atau orang lain. Sebagai contoh, penerima hibah menambah binaan baru ke atas rumah yang dihibahkan kepadanya ataupun penerima hibah menjahit kain yang dihibahkan kepadanya menjadi baju kemeja. Pertambahan tersebut tidak termasuk pertambahan nilai kerana pertambahan nilai tidak menjejaskan barang yang dihibah kekal pada bentuk asalnya. Begitu juga jika pertambahan itu berasingan atau sesuatu yang boleh diasingkan daripada barang asal yang dihibahkan seperti buah dari kebun yang dihibahkan kerana pemberi hibah boleh menarik balik hibah kebun tersebut manakala buah hasil kebun menjadi milik penerima hibah.

ii. Kematian salah seorang daripada dua orang yang berakad hibah selepas berlaku penyerahan. Ini kerana, sekiranya penerima hibah meninggal dunia, barang yang dihibah akan menjadi milik ahli warisnya. Begitu juga sekiranya pemberi hibah yang meninggal dunia, maka ahli warisnya tiada hak untuk menarik balik hibah tersebut.

Namun hibah akan terbatal sekiranya berlaku kematian salah seorang daripada dua orang yang berakad sebelum berlaku penyerahan barang yang dihibahkan (qabd).

Pemilikan barang yang dihibah berpindah kepada ahli waris pemberi hibah sebelum sempurnanya proses pemberian hibah. Oleh itu, penarikan balik hibah tidak berlaku kerana akad hibah dikira terbatal dengan kematian salah seorang daripada mereka sebelum sempurna penerimaan hibah.

iii. Wujud syarat pertukaran atau balasan. Penerima hibah menggantikan hibah yang telah diberikan oleh pemberi hibah dengan sesuatu balasan sebagaimana yang disyaratkan oleh pemberi hibah.

iv. Penerima hibah telah menjalankan urus niaga terhadap harta yang dihibah dan ia bukan lagi menjadi milik pemberi hibah. Sebagai contoh, penerima hibah pertama telah menghibahkan harta tersebut kepada penerima hibah kedua, menyebabkan pemberi hibah pertama terhalang dari menarik balik hibahnya. Namun sekiranya penerimah hibah pertama telah menarik balik hibah tersebut daripada penerima hibah kedua, maka pemberi hibah pertama boleh menarik balik hibahnya daripada penerima hibah pertama.

v. Hibah yang dibuat oleh suami atau isteri, kerana tujuan hibah tersebut adalah atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan berbanding dengan hibah kepada orang lain. Pemberian hibah tersebut hendaklah berlaku ketika pasangan suami isteri berada dalam ikatan perkahwinan. Sekiranya seorang lelaki menghibahkan sesuatu kepada seorang perempuan kemudian mereka berkahwin, maka suami mempunyai hak untuk menarik balik hibah yang berlaku sebelum perkahwinan. Namun sekiranya, pemberian hibah berlaku ketika dalam ikatan perkahwinan, salah seorang daripada mereka tidak boleh menarik balik hibah tersebut walaupun selepas perceraian.

vi. Pemberian hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaann (kerabat) yang diharamkan berkahwin dengannya. Halangan penarikan balik hibah disebabkan tujuan pemberian hibah tersebut adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Sikap saling tolong-menolong dan bantu-membantu antara mereka menjadi wasilah atau jalan untuk mendapat ganjaran dan pertolongan di akhirat kelak dan ia lebih bernilai daripada harta.

vii. Harta hibah telah rosak atau telah hilang manfaatnya. Tidak boleh juga menarik balik hibah dengan nilai barang yang telah rosak kerana nilai barang yang dihibah tidak disebut ketika berakad dan penerimaan hibah tidak dikenakan gantian.

Sekiranya salah satu daripada halangan penarikan balik hibah tersebut tiada, maka sah penarikan balik hibah namun dengan syarat mendapat persetujuan dan keredaan pemberi dan penerima hibah atau melalui perintah mahkamah.

Address

Jalan 3/4C Desa Melawati
Desa Melawati

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Termizi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Termizi:

Share