30/03/2021
Fadhilat Zikir
Hadis-Hadis Tentang Kalimah Tayyibah
HADIS 1
Sayyidina Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Zikir yang paling afdal ialah 'لَا إِلَهَ اِلَّا اللَّه' dan doa yang paling afdal ialah 'الحَمدُ لِلَّهِ'." (HR Tirmizi)
KETERANGAN
Keadaan kalimah 'لَا إِلَهَ اِلَّا اللَّه' sebagai zikir yang paling afdal adalah nyata dan ia disebutkan dalam banyak hadis. Selain itu, asas agama keseluruhannya hanyalah kalimah tauhid maka tidak ragu-ragu lagi bahawa kalimah inilah yang merupakan zikir yang paling afdal. Sementara 'الحَمدُ لِلَّهِ' p**a adalah doa yang paling afdal kerana tujuan memuji Zat Yang Maha Pemurah hanyalah sememangnya untuk memohon sesuatu dariapda-Nya. Inilah yang dapat kita saksikan secara umum bahawa pujian dan sanjungan terhadap raja-raja, orang-orang kenamaan dan para hartawan sebagaimana yang terdapat pada majlis pujian (yang biasa dilakukan dalam kalangan orang Arab) adalah semata-mata dengan tujuam untuk menerima sesuatu daripada mereka.
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas ra berkata, "Sesiapa yang mengucapkan 'لَا إِلَهَ اِلَّا اللَّه' lemudian hendaklah dia mengucapkan 'الحَمدُ لِلَّهِ' kerana tersebut dalam al-Quran, 'فَادْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ' yang bererti "Maka seulah Dia dengan penuh keikhlasan dan tunaikan ibadat hanya kepada-Nya." Kemudian diikuti dengan 'الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن' yang bererti 'Segala puji bagi Allah swt Tuhan semesta Alam'.
Mulla 'Ali Qari rahimullahu ta'ala berkata: "Tidak ada sebarang keraguan bahawa zikir yang paling afdal dan mengatasi zikir yang lain ialah Kalimah Tayyibah. Kalimah Tayyibah lah merupakan asas agama yang seluruh amalan agama didirikan di atasnya. Ia merupakan kalimah yang suci yang kisaran seluruh pengajaran agama berpusat pada kalimah ini."
Oleh sebab itulah ulama tasawwuf dan orang-orang yang arif mengambil berat akan zikir kalimah ini dan mereka mementingkan dan mengutamakan kalimah ini lebih daripada zikir-zikir yang lain. Mereka menganjurkan agar mengucapkan kalimah ini sebanyak mungkin dan telah terbukti melalui pengalaman bahawa sebanyak mana faedah dan manfaat yang didapati daripada kalimah ini tidaklah didapati daripada mana-mana zikir yang lain. Sebagaimana kisah masyhur mana- perkenaan Syaikh Sayyid Ali bin Maimun Maghribi rahimullahu ta'ala. Apabila Syaikh 'Ulwan Hamawi rahimullahu ta'aala yang merupakan seorang alim yang besar, seorang m***i dan juga seorang guru pergi kepada Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'ala untuk mendapat tarbiah kerohanian, maka Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala telah memberi perhatian yang khusus kepada beliau. Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala telah menegah Syaikh 'Ulwan rahimullahu ta'aala daripada urusan mengajar, memberi fatwa dan sebagainya. Sebaliknya Syaikh Ulwan rahimullahu ta'aala telah disibukkan untuk berzikir sepenuh masa. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan orang awam s**a mengkritik dan memaki hamun. Maka orang ramai telah membuat heboh dengan mengatakan bahawa mereka telah dihalang daripada mendapat manfaat daripada Syaikh 'Ulwan rahimullahu ta'aala dan beliau telah di sia-siakan serta pelbagai tuduhan lagi.
Setelah beberapa hari, Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala mendapati bahawa Syaikh 'Ulwan rahimullahu ta'aala meluangkan masa untuk membaca al-Quran, maka itu pun dilarang oleh Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala. Setelah perkara ini diketahui umum maka makin bertambah batlah lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala dengan mengatakan bahawa beliau telah menjadi zindik dan telah keluar daripada agama.
Walau bagaimanapun setelah beberapa hari zikir itu telah memberi kesan kepada Syaikh 'Ulwan rahimullahu ta'aala sehingga menyerap ke hatinya. Kemudian Syaikh Sayyid 'Ali rahimullahu ta'aala berkata kepada Syaikh 'Ulwan rahimullahu ta'aala, "Sekarang bacalah al-Quran." Setelah beliau membuka al-Quran maka tersingkap kepadanya pelbagai ilmu dan makrifat daripada setiap ayat al-Quran. Lantaran itu Syaikh Sayyid Ali berkata kepadanya: "Semoga aku dilindungi Allah swt, bukanlah aku ingin menahan engkau daripada membaca al-Quran tetapi aku ingin melahirkan kesan ini pada diri engkau."
Oleh kerana kalimah yang suci ini merupakan asas agama dan tunjang keimanan maka sebanyak mana kalimah ini disebutkan maka sebanyak itulah asas keimanan akan teguh. Iman bergantung kepada kalimah ini. Bahkah wujudnya dunia ini juga bergantung kepada kalimah ini. Lantaran itu, telah diriwayatkan dalam hadis yang sahih bahawa kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang mengucapkan 'لَا إِلَهَ اِلَّا اللَّه' di permukaan bumi ini. Disebutkan dalam hadis yang lain bahawa kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut, 'Allah, Allah' di permukaan bumi ini.
(Petikan Fadhilat Amal)