Hazwani & Associates

Hazwani & Associates SYARIE LAWYER & SYARIE COUNSEL Perunding Keluarga Islam, Faraid, Wasiat, Hibah, Pertunangan, Pernikahan, Cerai & Rujuk, Jenayah Islam

𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€π€π & 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πŒπ„ππ”π‘π”π“ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ βœ…Ramai hanya mencari jawapan selepas konflik berlaku β€” sedangkan banyak isu ...
24/01/2026

𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€π€π & 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πŒπ„ππ”π‘π”π“ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ βœ…
Ramai hanya mencari jawapan selepas konflik berlaku β€” sedangkan banyak isu kekeluargaan dan harta sebenarnya boleh diurus dengan lebih tenang dan berhemah jika difahami lebih awal.
Syariah menyediakan kerangka yang jelas berkaitan hak, tanggungjawab serta jalan penyelesaian, agar keadilan dapat ditegakkan tanpa mengabaikan kebajikan semua pihak yang terlibat.
Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan awal dan membantu masyarakat memahami pilihan serta implikasi sebelum membuat sebarang keputusan penting.
πŸ“Œ Antara isu yang sering menjadi persoalan:
β€’ Pengesahan nikah atau perceraian
β€’ Proses perceraian menurut Syariah
β€’ Nafkah isteri, anak dan anak angkat
β€’ Nafkah iddah serta tuntutan tertunggak
β€’ Hak penjagaan anak (Hadhanah)
β€’ Mut’ah
β€’ Harta sepencarian
β€’ Perancangan harta: Wasiat, Hibah & Faraid
β€’ Permohonan poligami menurut peruntukan undang-undang
β€’ Pertunangan dan implikasi undang-undang
πŸ•ŠοΈ Setiap kes mempunyai latar belakang dan pertimbangan yang berbeza
πŸ“‘ Kefahaman yang tepat membantu proses berjalan dengan lebih tersusun dan berhemah
Sekiranya anda memerlukan penjelasan awal atau rujukan berkaitan prosedur Syariah,
konsultasi disediakan secara ONLINE secara tertutup dan profesional.
πŸ“² Rujukan & Konsultasi Awal (atas dasar penerangan):
πŸ‘‰ https://wa.me/60142985487
πŸ‘‰ https://wa.me/60142985487

07/08/2025

Tiap kali ada bicara atau sebutan di mahkamah rendah syariah,pasti akan ada kes cerai...

S**a atau tidak dengan perceraian pasti ada air mata yang mengalir dari pihak2...si suami akan bergetar suara menahan sebak ketika melafazkan cerai ke atas si isteri,si isteri walaupon mahu diceraikan tetap mengalirkan air mata kerana pernah hidup bersama bahkan pernah bahagia dengan pasangan...

Tapi hari ni,menyaksikan satu kes perceraian melalui seksyen 47 (fast track),si suami sebagai Plaintif,suami hanya tenang,menjawab soalan2 dari hakim dengan tenang,tp si isteri dari awal nama dipanggil,badan beliau menggigil 1 badan...gigil yang jelas kelihatan...bila hakim luluskan tuntutan cerai tersebut,makin menggigil si siteri...ini perceraian kali pertama mereka setelah 8 tahun berkahwin.alasan suami ceraikn isteri kerana xdpt sediakn nafkah secara zahir dan batin lg.

Saya beranggapan mungkin perceraian ini jalan terakhir pihak2 setelah habis pelbagai usaha.bukan mudah apabila berlaku perceraian disebabkan 'wang' yg mana jelas keculasan berlaku dr pihak suami/bapa.

Jika ada anak2,maka panjang lg la kisahnya selepas ini.

# nak peluk kakak yg menggigil td.paling tidak dapat memberi kekuatan walaupun sekejap.tp hanya mampu memberi sebuah senyuman apabila beliau pusing ke belakang untuk tinggalkan dewan.

01/08/2025

31.7.2025

Alhamdulillah client (defendan) tidak disabitkan nusyuz...3 tahun kes berjalan.lama kan..lama disebabkan menunggu kehadiran saksi Plaintif...setahun terbuang begitu sahaja bila saksi plaintif tak jadi hadir untuk memberi penyaksian.

Petikan dari penghakiman hakim:

"Tidak semua tindakan keluar rumah itu menyebabkan seorang isteri itu nusyuz.Syara' & undang2 telah menggariskan apa perbuatan yg boleh disabitkan nusyuz dan bagaimana nusyuz akan disabitkan."

Sepanjang penghakiman hakim,banyak dipetik @ intipatinya sama sepertimana yang dihujahkan oleh pihak Defendan (kami). Sebagai peguam yang mewakili,rasa begitu gembira n teruja apabila hujahan kita jelas dapat membantu dan/atau menyokong dapatan hakim untuk membuat keputusan.Alhamdulillah.

Client gembira,peguam puas hati & gembira.πŸ˜‰

21/12/2023

Penama bukan pemilik

Situasi :
Si suami meninggal dunia.mempunyai 1 orang isteri dan 2 orang anak (1 lelaki,1 perempuan).Si suami menamakan bapa kandung sbg Penama KWSP.Bila meninggal dunia,si bapa td keluarkan wang tersebut.

Dengan duit tersebut,si bapa dermakan separuh kepada anak2 yatim,separuh lg duit itu,si bapa buat kenduri tahlil dan bg sedikit kepada isteri dan anak2 utk merasa.

Perbuatan si bapa ini nmpk baik dan murni tp salah dari hukum syarak.si bapa sbg penama hendaklah menjadi pentadbir kpd duit kwsp tersebut utk diagihkan secara faraid kpd waris2 si mati yg berhak.

Dengan perbuatan tersebut telah menganiaya waris2 lain dan telah mengambil hak mereka.berdosa.

P/s: 1-kena tahu tanggungjawab sbg penama @ pentadbir

2-penama bukanlah pemilik mutlak harta yg ditinggalkan.

03/12/2023

Kesan cerai biasa (ruj'i) dan cerai tebus takak (khuluk) adlh berbeza.cerai biasa boleh rujuk sms iddah,tebus talak xboleh rujuk sms iddah.

Hak penjagaan anak bukan hanya untuk ibu shj,bapa pun boleh tuntut.Siapa yang lebih layak akan diputuskan oleh Mahkamah ...
11/02/2022

Hak penjagaan anak bukan hanya untuk ibu shj,bapa pun boleh tuntut.Siapa yang lebih layak akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah nanti.Yang penting hadir ke Mahkamah

26/01/2022

Setelah berlaku perceraian, apa hak-hak berkaitan Anak (hasil dari perkahwinan tersebut )yang boleh dan/atau perlu dituntut di Mahkamah Syariah?

- Hak Jagaan (Hadhanah) :- 1- Interim (sementara)
2- Kekal

- Nafkah Anak (bulanan, tahunan, persekolahan, perayaan,
percutian)

*Walaupun ada penyelesaian di luar Mahkamah, jadikan penyelesaian tersebut sebagai Perintah.

*Segala dakwaan mestilah mempunyai bukti dan/atau saksi untuk menguatkan/membuktikan dakwaan tersebut.

25/08/2021

Part 4

Adakah layak untuk berwalikan wali hakim sekiranya bapa kandung sebagai wali masih hidup tetapi enggan mewalikan pernikahan?

J: Sekiranya Wali anda enggan/tidak setuju untuk mewalikan anda, anda boleh hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan untuk memfailkan suatu tuntutan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah
seperti mana yang diperuntukan di bawah seksyen 13(b) Akta Undang-Undang Keluarga Islam.

Di dalam tuntutan tersebut nyatakan secara ringkas alasan mengapa wali enggan menikahkan anda. Di dalam tuntutan ini, wali tadi adalah pihak yang dituntut (Defendan). Hakim akan mendengar penjelasan dari
kedua-dua pihak dan akan memutuskan samada anda layak untuk mendapatkan wali hakim atau tidak.

Walau bagaimanapun, dicadangkan supaya buatlah rundingan agar persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu wali dengan pasangan dapat mencapai kata sepakat. Maqasid (matlamat) perkahwinan antaranya ialah
untuk meramaikan lagi ahli keluarga dan BUKAN memusnahkan/kucar-kacirkan Institusi Kekeluargaan.

Biarlah 'masjid' yang dibina itu menyenangkan hati semua orang terutamanya bagi pasangan berkenaan, walinya serta kesemua ahli keluarga kedua-dua pihak.



17/08/2021

Part 3

APA YANG PERLU DIBUAT BAGI TIADA WALI NASAB & MERUPAKAN ANAK TIDAK SAH TARAF ?

1- Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID):-

Isi Borang & dapatkan Surat Rujukan Ke Mahkamah Syariah
untuk dapatkan kelulusan Wali Hakim.

2- Pergi ke Mahkamah Syariah:

Failkan Permohonan dan Afidavit serta Ekshibit yang
berkaitan untuk mohon Wali Hakim.

3- Setelah Perintah Mahkamah diperolehi bawa ke PAID dan
submit borang untuk nikah.




08/08/2021

Part 2

οƒΎWALI RAJA (WALI HAKIM)

Melihat kepada peruntukan seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam mentafsirkan:

β€œ WALI RAJA” ertinya wali yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dalam hal Wilayah-Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu Negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan tidak mempunyai wali dari nasab;

Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya kepada Kadi-Kadi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.

οƒΎBILA PERLU WALI RAJA (WALI HAKIM)?

Mengikut Mazhab Syafi’e, sekiranya wali aqrab ghaib atau berada jauh atau tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Walaupun bagi wali yang ghaib atau berada jauh, pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.

Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah (91km) yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.

οƒΎMENGAPA MENGGUNAKAN WALI HAKIM

1. Tidak Ada Wali Nasab
2. Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
3. Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
4. Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
5. Wali Enggan



29/07/2021

Part 1

Nikah mempunyai 5 rukun. Sekiranya salah satu rukun tidak ditunaikan atau pun terdapat fasad (kerosakan) maka nikah tersebut tidak sah.

Sering dipandang ringan dan menjadi isu (kes) adalah rukun ketiga iaitu WALI seperti kes wali enggan, berwalikan bapa angkat, kahwin lari, berwalikan wali hakim yang tidak bertauliah, kahwin sendiket, kahwin kampung dan sebagainya yang berkait dengan WALI.

οƒΎAPA ITU WALI

Wali ialah teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.

Firman Allah β€˜Azza Wajalla:
β€œDan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman”.
( Al-Baqarah : 222)

Dari hadith Nabi saw:
β€œDari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: β€œTidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

οƒΎSUSUNAN WALI

Susunan wali mengikut tertib:
1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu-sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara seibu-sebapa
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21. Raja/Sultan.




Address

Jalan Damansara
Damansara

Telephone

+60142985487

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hazwani & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hazwani & Associates:

Share