Rumah Aset Kita

Rumah Aset Kita JADIKAN HARTANAH ANDA SEBAGAI ASET Page ini adalah satu usaha untuk menambah ilmu dan memartabatkan agama islam di mata dunia.

Sama-sama kita berusaha memperbaiki diri. " There is always way to go to heaven"

Kondominium Cheras untuk dijual Bawah Market Value RM265,000(PINJAMAN 100%) Langat Jaya Condominium Hulu Langat Batu 9 C...
01/01/2026

Kondominium Cheras untuk dijual Bawah Market Value RM265,000

(PINJAMAN 100%) Langat Jaya Condominium Hulu Langat Batu 9 Cheras

maklumat:
-geran strata sudah siap
-saiz 935 kaki persegi
- 1 carpark disediakan
- tanah freehold
-pemilik islam
- 3 bilik tidur, 2 tandas

Fasiliti:
- 24 jam Security
- kolam renang
- Playground
- Minimart & Cafe
- Badminton Court

Kemudahan:
- berdekatan dengan (350 meter sahaja) KFC/Petron/Food court batu 9 Cheras
- POS Malaysia cawangan serahan batu 9
- SK Bukit Raya, SK Taman Puteri, SK Taman Cuepacs, SAM Hulu Langat Batu 10
- Masjid Ubudiah, Masjid Al-Ehsan Sg Serai
- Klinik Kesihatan Batu 9 Cheras, Columbia Asia Hospital Cheras, Pantai Cheras Medical Centre
- Cempaka International School, Royal Malaysian Police College, UCSI College
- Venice Hill Golf and Country Club
- Plaza Phoenix, Giant Taman Connaught, Tesco Cheras, Aeon Cheras Selatan, Cheras Leisure Mall & Giant Cheras

Lebuhraya/pengangkutan awam:
- Cheras-Kajang Highway, Sungai Besi Highway, Kuala Lumpur-Putrajaya Highway, Silk Highway & North-South Highway
- Jalan Hulu Langat, Jalan Taman Suntex, Lebuh Utama Tun Hussain Onn
- MRT Station Taman Suntex, Sri Raya

HUBUNGI MASITA DI 0193071200 UNTUK SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN ANDA

*Apa info penting yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah jenis condo!*1. Rujuk kepada agen hartanah yang berpengalam...
13/03/2024

*Apa info penting yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah jenis condo!*

1. Rujuk kepada agen hartanah yang berpengalaman dan berdaya saing dalam pasaran condo. Mereka dapat memberikan nasihat dan panduan tentang pasaran hartanah yang berkaitan dengan condo.

2. Lakukan penyelidikan menyeluruh tentang pemaju hartanah dan pengurus kondominium. Pastikan mereka mempunyai reputasi yang baik dan berpengalaman dalam menguruskan condo.

3. Periksa dan bandingkan kos yuran kondominium antara condo yang berbeza. Kos yuran yang tinggi boleh meningkatkan kos pemilikan rumah anda.

4. Semak dokumen condo seperti Perjanjian Penghuni, Peraturan Rumah, dan Penyata Kewangan. Pastikan semua ketentuan dan peraturan condo memenuhi keperluan anda.

5. Periksa dengan teliti kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di dalam condo seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan, dan sebagainya. Pastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak anda.

6. Pastikan anda memahami dan mematuhi semua syarat dan peraturan condo seperti had pelawat, larangan peliharaan haiwan kesayangan, dan sebagainya.

7. Melawat dan menjelajahi kawasan sekitar condo sebelum membuat pembelian. Periksa kemudahan awam seperti kedai, sekolah, hospital, stesen pengangkutan awam, dan sebagainya.

8. Semak dan periksa sama ada ada sebarang masalah kecuaian atau kerosakan struktur dalam condo yang mungkin memerlukan pembaikan dan kos tambahan.

9. Pastikan anda memahami dan menyedari kos pemilikan condo seperti cukai tanah, yuran penyelenggaraan, insurans, dan sebagainya sebelum membuat keputusan pembelian.

10. Bertanya kepada penduduk sedia ada tentang pengalaman dan kehidupan di condo tersebut. Mereka boleh memberikan pandangan yang berharga mengenai kehidupan di condo tersebut.

Ingat, membeli rumah jenis condo adalah pelaburan yang besar, jadi pastikan anda membuat keputusan yang bijak dan memahami sepenuhnya apa yang anda beli sebelum membuat keputusan akhir.

Sekadar perkongsian bersama*KENAPA LOAN RUMAH ANDA SENANG KENA REJECT?* Dalam pembelian rumah, terdapat pelbagai pilihan...
13/03/2024

Sekadar perkongsian bersama

*KENAPA LOAN RUMAH ANDA SENANG KENA REJECT?*

Dalam pembelian rumah, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat untuk membiayai rumah. Sama ada melalui KWSP, cash, loan bank, loan LPPSA dan lain-lain lagi. Lazimnya, kebanyakan orang membeli rumah dengan menggunakan loan daripada pihak bank.

Deposit rumah perlu anda bayar dengan wang sendiri dan selebihnya adalah dengan bantuan loan, bergantung pada margin pinjaman yang telah ditetapkan.

Namun begitu, masalah yang sering timbul pada kebanyakan orang yang memohon untuk dapatkan loan adalah loan ditolak atau senang kena reject.

Apa sebabnya loan anda boleh direject oleh pihak bank?

Tiada Langsung Rekod
Percaya atau tidak, jika anda tiada langsung rekod pembayaran atau clean sahaja untuk mana-mana perkara, bank agak sukar untuk beri pinjaman loan kepada anda.

Kenapa? Bukan bagus ke macam tu? Kenapa bank tak senang-senang bagi loan pada mereka yang tiada langsung rekod pembayaran?

Hal ini demikian kerana bank tak tahu sama ada anda ini seorang yang mampu atau tidak untuk buat pembayaran pada kadar dan masa yang ditetapkan. Pihak bank meragui sama ada anda good pay master atau tak. Maka untuk sesiapa yang rekodnya clean, ciptalah sedikit track rekod ASB untuk nampakkan anda ada rekod pembayaran di situ.

Gaji Terlalu Kecil
Faktor gaji memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk membuat loan dengan pihak bank. Masalah ini sering berlaku pada individu yang membeli rumah yang harganya agak tinggi dan mempunyai komitmen yang banyak.

Apabila anda nak beli rumah dengan maksimum kelayakan, bank akan tengok kemampuan anda untuk bayar instalment bulanan nanti. Kalau dari awal bank dah dapat detect yang ability gaji anda rendah untuk membeli rumah tersebut. Tak mustahil untuk loan anda kena reject.

Jadi, nak beli rumah, carilah harga yang seimbang dengan komitmen yang anda ada atau buat dua atau lebih pekerjaan untuk besarkan jumlah gaji anda.

Terlalu Banyak Komitmen
Kereta sahaja instalment sudah RM800. Motosikal RM200. Personal loan sahaja dah RM700 dan bermacam lagi komitmen yang anda ada. Bila mana anda ada terlalu banyak komitmen dan gaji anda rendah.

Memang permohonan loan rumah anda berpotensi tinggi untuk direject oleh pihak bank. Ini kerana hasil daripada gaji tolak bersama komitmen-komitmen yang dicipta mungkin akan menjejaskan balance duit bulanan anda. Bank sendiri dah boleh tengok balance yang anda ada tu boleh atau tidak untuk membiayainya setiap bulan.

Kalau instalment yang kena bayar dengan bank lebih 70% daripada pendapatan bulanan. Jadi, bank akan reject pinjaman perumahan anda.

Salah Pilih Bank
Ada sesetengah bank syarat permohonan loan nya agak ketat untuk profil anda. Setiap bank ada syarat dan terma tersendiri yang berbeza-beza. Sebaiknya, carilah bank yang serasi dengan kelayakan dan profil kewangan anda. Istilah bank yang terbaik tiada, tetapi bank yang serasi dengan diri anda itu InshaAllah pasti ada.

Kaji dan teliti dahulu syarat serta terma bank yang bersesuaian dengan anda. Dapatkan juga tips dan info daripada rakan-rakan seperti banker atau ejen hartanah. Mereka ini lebih tahu bank mana sesuai dengan status kewangan anda.

CCRIS Tak Cantik
Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah ibarat sejarah pembayaran hutang anda.

Kalau CCRIS rekod cantik, semua ‘0’ sahaja dan komitmen tak tinggi. Biasanya bank akan mudah luluskan pinjaman, bank nak luluskan pinjaman seseorang akan rujuk kepada rekod dalam CCRIS report.

Kalau rekod anda dalam CCRIS tak berapa elok, agak sukar untuk anda dapatkan pinjaman daripada pihak bank. Kadang bukan takat susah, malah kena loan kena reject terus. Maka, dari awal lagi anda kena jaga profil kewangan anda.

Muflis/Bankrap
loan reject
=================
Sekali anda kena cop muflis dengan rasminya, secara automatik anda takkan dapat dan boleh buat apa-apa pinjaman daripada pihak bank sampailah tempoh muflis selesai. Jadi, berhati-hatilah sebelum nasi sudah menjadi bubur.

Kredit:Kaki Property

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan property/hartanah boleh contact 019-307 1200

‼️INTERNSHIP‼️Masih tak dapat tempat praktikal?Risau tarikh dah dekat?Sertai Syahida, Marsitah & Co!Location: KajangHant...
12/03/2024

‼️INTERNSHIP‼️

Masih tak dapat tempat praktikal?
Risau tarikh dah dekat?
Sertai Syahida, Marsitah & Co!
Location: Kajang

Hantar resume dan cv anda

MOHON SEKARANG‼️

OFFICE/STORE FOR RENT Location: Prima Saujana, Kajang Details======750 sqft1st floor3 rooms, 1 bathroomRenovated (partit...
09/02/2024

OFFICE/STORE FOR RENT
Location: Prima Saujana, Kajang

Details
======
750 sqft
1st floor
3 rooms, 1 bathroom
Renovated (partition)

Surrounding
========
Giant Hypermarket
McD
Kolej Komuniti
Petronas, Shell petrol pump

Asking Rental
========
RM1200 (negotiable)

Kindly Contact Me For Enquiries and Viewing: For inquiries & viewing appointment, please contact :
Nama:marsi
Real Estate Negotiator
Chester Properties
(Al-Aqarat Group)
Tel no:0193071200
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab MelayuSub TopikApa Itu Lot Bumi?Saya Bumiputera, Tapi Boleh Ke Nak Beli Bukan Lot Bumi?Ap...
30/01/2024

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu

Sub Topik
Apa Itu Lot Bumi?
Saya Bumiputera, Tapi Boleh Ke Nak Beli Bukan Lot Bumi?
Apa P**a Rezab Melayu?
Lot Bumi vs Rezab Melayu
Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu.

Tapi tahukan anda, istilah Lot Bumi ini hanya terpakai semasa pembelian rumah di antara pembeli dengan Pemaju sahaja.

Selepas pembeli itu tadi menjual kepada orang lain dalam pasaran subsale, istilah Lot Bumi ini tidak terpakai lagi.

Apa Itu Lot Bumi?

Lot Bumi merupakan satu langkah atau polisi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera.

Apabila Pemaju melancarkan projek baru, kerajaan negeri akan menetapkan kuota Bumiputera yang perlu ada dalam projek tersebut.

Contohnya bagi negeri Johor , 40% daripada jumlah keseluruhan sesuatu projek hendaklah memiliki status Lot Bumi.

Sementara itu di Negeri Sembilan, Menteri Besar DS Muhamad Hasan telah menaikkan kuota daripada 30% mejadi kepada 50%. Boleh baca di sini.

Kadar diskaun bagi Lot Bumi adalah berbeza mengikut negeri. Di Lembah Klang, diskaun bagi Lot Bumi biasanya adalah 7% bagi hartanah di Selangor dan 5% bagi hartanah di Kuala Lumpur. Negeri tertinggi yang menawarkan diskaun ialah Johor iaitu sebanyak 15%.

Saya Bumiputera, Tapi Boleh Ke Nak Beli Bukan Lot Bumi?

Boleh, apa salahnya. Tapi rugi la. Sebab diskaun ini hanya dinikmati bagi pasaran primer sahaja. Atau bahasa mudah yang lain, hanya akan didapati daripada pihak Pemaju.

Untuk subsale, kita tak tengok lagi Lot Bumi atau tidak. Biasa kita akan tengok Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan).

Sebaliknya elok juga kita lihat sama ada Tanpa Sekatan atau Dengan Sekatan.



Secara asasnya, sekatan ini bermaksud perlu dapatkan kebenaran (consent) daripada pihak kerajaan negeri untuk mengizinkan proses jual beli berlaku. Jika kebenaran tidak dibenarkan, maka proses jual beli tidak dapat diteruskan.

Cumanya diakui, jika ianya hartanah berstatus Freehold, secara kebiasaanya tidak ada sekatan. Tetapi ada juga tempat-tempat seperti di Putrajaya, Cyberjaya dan Sendayan di mana hartanah mempunyai status Freehold, tetapi ada sekatan selama beberapa tahun.

Manakala bagi hartanah dengan status Leasehold, boleh jadi ada sekatan. Secara asasnya, ia memerlukan kebenaran daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. Tapi ada juga beberapa projek yang yang berstatus Leasehold tetapi tidak ada sekatan, contohnya seperti di Saujana KLIA

Oleh itu , ada baiknya beli terus Lot Bumi daripada membeli Bukan Lot Bumi.

Apa P**a Rezab Melayu?

Kita mesti pernah dengar kan, kalau Lot Bumi nak jual hanya pada Bumi saja kan?

Kurang tepat tu, yang betul ialah kalau beli hartanah dengan status Rezab Melayu.

Rezab Melayu adalah dimana status projek tersebut didirikan di atas tanah Rezab Melayu dan hanya boleh dibeli dan dijual kepada orang Melayu sahaja.

Jangan kata sahabat kita berbangsa Cina dan India, malah sahabat kita dari Bumiputera Sabah Sarawak juga tidak boleh membeli unit tersebut. Rezab Melayu turut dikenali sebagai Geran Merah sebab gerannya yang berwarna merah.

Di Negeri Selangor, pembeli di sesetengah projek seperti di Salak Tinggi dan Labu Lanjut perlu hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi proses temuduga untuk mengesahkan pembeli adalah Melayu.

Lot Bumi vs Rezab Melayu
Sekarang dah tahu kan perbezaan di antara Lot Bumi dan Rezab Melayu? Cepat-cepatlah rebut peluang untuk mendapatkan Lot Bumi, selagi stok masih ada.

Ditulis oleh Zairul Izzain, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di sektor kerajaan dan swasta. Kini melepaskan dunia kepeguaman dan melibatkan diri secara sepenuh masa sebagai seorang ejen takaful.

APARTMENT FOR SALE!!!! TAMAN LANGAT MURNI, BANTING, SELANGORPRICE:RM190,000.00PROPERTY DETAILS:Located in Bandar Puncak ...
15/12/2023

APARTMENT FOR SALE!!!!

TAMAN LANGAT MURNI, BANTING, SELANGOR

PRICE:RM190,000.00

PROPERTY DETAILS:
Located in Bandar Puncak Alam, Selangor
900 sq feet
3 Bedrooms, 2 Washroom
Got yard and balcony

AMENITIES :
- Headquarters MAB, BOMBA
- Komplek Tabung Haji Sepang
- Mitsui Outlet Park
- KLIA & KLIA2
- Litar Sepang
- ERL Salak Tinggi
- AEON Nilai
- SK RTB Bukit Changgang
- SMK Bukit Changgang
- Kolej Mara Banting
- Paya Indah Wetland

ACCESSIBILITY :
- KLIA Extension Highway
- South Klang Valley Expressway (SKVE)
- Maju Expressway (MEX)
- PutrajayaCyberjaya Expressway

LOAN BANKER & LAWYER CAN BE ARRANGE

Kindly Contact Me For Enquiries and Viewing: For inquiries & viewing appointment, please contact :
Nama:marsitah
Real Estate Negotiator
Chester Properties
(Al-Aqarat Group)
http://wasap.my/+60193071200
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

FOR SALE!!!!PRICE RM70,000.00 (NEGOTIABLE) JOHAN COURT, ALAM PERDANA, BANDAR PUNCAK ALAM  Property details:Located in Ba...
15/12/2023

FOR SALE!!!!
PRICE RM70,000.00 (NEGOTIABLE)

JOHAN COURT, ALAM PERDANA, BANDAR PUNCAK ALAM

Property details:
Located in Bandar Puncak Alam, Selangor
655 sq feet
3 Bedrooms, 2 Washroom
Basic unit
Third Floor

**AMENITIES**
- 3 km to Econsave Puncak Alam
- 5 km to McDonalds Puncak Alam
- 6 km to UiTM Puncak Alam
- 6 km to Tesco Puncak Alam
- 7 km to SK & SMK Puncak Alam

**ACCESSIBILITY**
- LATAR
- GUTHRIE
- Jalan Meru Tambahan
- Persiaran Mokhtar Dahari

LOAN BANKER & LAWYER CAN BE ARRANGE

Kindly Contact Me For Enquiries and Viewing: For inquiries & viewing appointment, please contact :
Nama:marsitah
Real Estate Negotiator
Chester Properties
(Al-Aqarat Group)
http://wasap.my/+60193071200
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

*PENIPU!! ADA LAGI KE RUMAH BAWAH RM300k ZAMAN SEKARANG NI!*Ramai tertanya-tanya di mana boleh dapatkan rumah dibawah ha...
19/06/2023

*PENIPU!! ADA LAGI KE RUMAH BAWAH RM300k ZAMAN SEKARANG NI!*

Ramai tertanya-tanya di mana boleh dapatkan rumah dibawah harga *RM300,000?*

Apa peluang dan kelebihan menjadi *Perunding Hartanah?*

JOM KE ROADSHOW *“BELI RUMAH? JUAL RUMAH?”*

Tarikh: *29 JULAI 2023*
Masa: *10AM - 1PM*
Lokasi: *AL-AQARAT, BANDAR TUN HUSSEIN ONN*

1. Pameran rumah dibawah *RM300,000*
2. Cara belian *RUMAH PERTAMA*
3. Semak kelayakan pinjaman perumahan *PERCUMA*
4. Penerangan kerjaya sebagai *PERUNDING HARTANAH*

*Makan Tengah Hari disediakan!* 😍

Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga atau kenalan anda bagi memeriahkan lagi roadshow ini.

Boleh daftar melalui link dibawah 👇🏼
*P/s: Hubungi kami untuk dapatkan nama Introducer anda*

Tarikh: 29 JULAI 2023 Masa: 10AM - 1PM Lokasi: AL-AQARAT, BTHO OFFICE (4A, Jalan Suasana 2/7a, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor) 1. Pameran rumah dibawah RM300,000 2. Cara belian RUMAH PERTAMA 3. Semak kelayakan pinjaman perumahan PERCUMA 4. Penerangan kerjaya sebagai PERUNDING HARTANAH Pleas...

Address

Cheras, Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Aset Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category