Bumi Ternak Kambing Akikah Aqiqah Golek

Bumi Ternak Kambing Akikah Aqiqah Golek Membekal dan menyediakan perkhidmatan kambing akikah
Juga menyediakan perkhidmatan :
- memasak dan

Alhamdulillah... Selesai Majlis Sambutan Hari Raya Taman Cenderawasih Olak Lempit.
06/08/2016

Alhamdulillah... Selesai Majlis Sambutan Hari Raya Taman Cenderawasih Olak Lempit.

Alhamdulillah.... Akad jual beli dah penyerahan wakil utk sembelih akikah. Sunnah hari ke tujuh. Terima kasih En Zali.  ...
06/08/2016

Alhamdulillah.... Akad jual beli dah penyerahan wakil utk sembelih akikah.

Sunnah hari ke tujuh. Terima kasih En Zali.

19/04/2016

[SYARAT-SYARAT AKIKAH]

Bagi bayi lelaki seafdalnya 2 ekor kambing manakala perempuan 1 ekor kambing

Umur kambing kebiasaanya adalah 2 tahun

Waktu akikah disunatkan hari ke 7 selepas kelahiran bayi

================================
BUAT PARA IBU BAPA YANG MASIH BELUM MENGAKIKAH ANAK2 ANDA
================================

Bumi Ternak akan menguruskan urusan akikah anda

Sila comment SAYA NAK

Kami akan PM anda

Sila whatsapp ke 0122031105

17/04/2016

"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar

.

[MARILAH BELAJAR]27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH1- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-o...
17/04/2016

[MARILAH BELAJAR]

27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

1- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
2 - Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
3 - Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
4 - Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
5 - Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
6 - Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
7 - Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
8 - Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
9 - Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
10- Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
11- Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
12- Kesalahan sama seperti nombor 10.
13- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
14- Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
15- Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
16- Huruf ﺹ tidak disabdukan.
17- Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
18- Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
19- Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
20- Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
21- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
22- Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
23- Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
24- Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
25- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
26- Huruf ﺽ tidak disabdukan.
27- Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

==============================
KHAS UNTUK PASANGAN YANG BARU DIANUGERAHKAN CAHAYA MATA

Perkhidmatan kambing akikah terus ke rumah anda

Whatsapp "DATOK K" ke 0122031105
Whatsapp "DATOK K" ke 0122031105
Whatsapp "DATOK K" ke 0122031105

HARGA BERMULA DARI RM750

15/12/2014

13/12/2014

Perkhidmatan Akikah
-sembelih dan melapah
-siap masak
-siap hantar
Hubungi Kami

11/07/2014

Salam Ramadhan Fasa 2

01/07/2014

Salam 3 Ramadhan

Terima kasih kepada En Customer Lokasi: kg pandan
21/06/2014

Terima kasih kepada En Customer
Lokasi: kg pandan

Allhamdulillah..urusan aqiqah atas nama Muhammad Aqief Firash Bin Muhammad Syafiq Insani ...selesai. 2 ekur kambing masa...
10/05/2014

Allhamdulillah..urusan aqiqah atas nama Muhammad Aqief Firash Bin Muhammad Syafiq Insani ...selesai. 2 ekur kambing masak kari antara pelbagai masakan kambing dari Bumi Ternak Banting. Tel: 013 2380081/ 017 3589970

Biri2 tempatan (malin)..untuk aqiqah harga dari rm600 ke rm750. Harga siap sembelih. Tel: bumiternak banting 0132380081 ...
08/05/2014

Biri2 tempatan (malin)..untuk aqiqah harga dari rm600 ke rm750. Harga siap sembelih. Tel: bumiternak banting 0132380081 dan 0173589970.

Address

Banting
42700

Telephone

0173589970

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bumi Ternak Kambing Akikah Aqiqah Golek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share