NDSLaw

NDSLaw Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NDSLaw, Legal Service, Bangi.

NUR DIYANA SULONG | Partner at F IDRIS & ASSOCIATES | Advocate & Solicitor
✔️ Property Lawyer
✔️ Probate & Will
✔️ Sale and Purchase Agreement
✔️ Conveyancing
✔️ Contract Matters
✔️ Civil Litigation
✔️ Personal Injuries
✔️ Torts
✔️ Land matters

04/12/2025

If you are an entrepreneur/self-employed/freelancer, consult a lawyer before committing to anything.

It is always best to have a contract ready for your service with clear terms and conditions, so that if any problem arise, we have something solid to refer to.

Same with small supplier for overseas goods, and those who are starting new ventures with friends.

Make sure the legal side is in order to avoid headaches later.

02/11/2025
Berminat untuk beli Rumah Lelong? 🏠⚖️Ini Proses Pindahmilik Yang Anda Perlu Tahu.Proses pindahmilik rumah lelong tidak s...
12/06/2025

Berminat untuk beli Rumah Lelong? 🏠⚖️

Ini Proses Pindahmilik Yang Anda Perlu Tahu.

Proses pindahmilik rumah lelong tidak sama untuk kes LACA dan Non-LACA — dan dokumen yang digunakan juga berbeza :-

📌 LACA (Loan Agreement cm Assignment)
• Jika belum ada title: DOA
• Jika title atas nama pemaju: Form 14A
• Tempoh bayaran: 90 hari

📌 Non-LACA (Facilities Agreement & 16A)
• Lelongan Mahkamah Tinggi: Form 16F
• Lelongan Pejabat Tanah: Form 16I
• Tempoh bayaran: 120 hari

✅ Baru menang rumah lelong tapi tak tahu langkah seterusnya? Kami boleh bantu urus semua proses pindahmilik anda.

📲 Hubungi kami di sini:
http://www.wasap.my/60175545797/NDSLaw

Isteri dan suri rumah, ketahuilah anda berhak ke atas harta arwah suami. Samada anda bekerja atau tidak, anda berhak men...
11/06/2025

Isteri dan suri rumah, ketahuilah anda berhak ke atas harta arwah suami. Samada anda bekerja atau tidak, anda berhak menuntut harta sepencarian sebelum faraid dilakukan.

Apatah lagi harta yang telah dihadiahkan oleh suami semasa hayatnya. Dibeli dan didaftarkan atas nama isteri.

Waris, cukup-cukuplah tamakkan harta yang bukan milik kalian.

Yang Arif itu hanya panggilan kepada hakim mahkamah. Mahkamah pun Mahkamah Tinggi dan ke atas. Mahkamah Sesyen & Majistr...
20/05/2025

Yang Arif itu hanya panggilan kepada hakim mahkamah. Mahkamah pun Mahkamah Tinggi dan ke atas.

Mahkamah Sesyen & Majistret - panggilannya Tuan. Tuan Hakim, Tuan Majistret.

Apatah lagi kami yang hanya peguam. Panggil saja tuan/puan/encik/cik.

08/05/2025

TUNTUTAN HARTA PUSAKA BILA PASANGAN BERCERAI HIDUP

Ada yang ingat hanya anak lelaki sahaja yang boleh menuntut hak harta pusaka, atau menyaman untuk mendapatkan hak. Salah ya.

Anak perempuan yang berumur 18 tahun dan ke atas juga boleh bawa guaman atas nama sendiri. Kalau anak-anak masih dibawah umur, ibu/ayah boleh wakilkan. Ini kes kalau ibu bapa bercerai.

Kalau kematian berlaku semasa masih dalam perkahwinan - suami/isteri boleh menuntut macam biasa.

07/05/2025

PENYELESAIAN KES MELALUI MEDIASI/LUAR MAHKAMAH.

1. Sebenarnya, adalah perkara biasa untuk Pemiutang/Plaintiff memfailkan saman dengan harapan Penghutang/Defendant akan menyelesaikan tuntutan secara luar mahkamah.

2. Ini kerana, jika tindakan undang-undang diteruskan secara agresif dan defendan sebenarnya tidak berkemampuan untuk membayar, ada kemungkinan defendant akan mengambil langkah untuk menggulung syarikat secara sukarela atau isytihar muflis (bankrap).

3. Dalam keadaan sebegini, ia akan menjadi lebih sukar dan memakan masa untuk mendapatkan semula hutang yang dituntut.

4. Inilah antara strategi yang digunakan oleh Donald Trump sebelum ini — beliau beberapa kali memfailkan kebankrapan sebagai cara untuk melepaskan diri daripada beban hutang.

Kemalangan Melibatkan Kanak-kanak di Kawasan Sekolah : Bolehkah Pemandu Disaman?Dalam kes kemalangan melibatkan kanak-ka...
23/04/2025

Kemalangan Melibatkan Kanak-kanak di Kawasan Sekolah : Bolehkah Pemandu Disaman?

Dalam kes kemalangan melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah, pernah dengar kan orang yang melanggar menyalahkan kanak-kanak kerana melintas jalan secara cuai dan tidak menggunakan lintasan pejalan kaki?

Bolehkah pemandu disaman dalam situasi sebegini?

Jawapan saya: Boleh.

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes kemalangan jalan raya, apabila insiden melibatkan kanak-kanak (bergantung usia) terutamanya di kawasan sekolah, mahkamah lazimnya tidak akan meletakkan kesalahan di bahu kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kes, pihak insurans pemandu akan menawarkan pampasan dan penyelesaian kes (yang kemudiannya direkodkan sebagai penghakiman persetujuan).

Namun, saya pernah mengendalikan satu kes di mana syarikat insurans memilih untuk mencabar tuntutan tersebut di mahkamah. Kes tersebut dibicarakan, dan alhamdulillah, keputusan berpihak kepada pihak kanak-kanak. Pampasan berjaya diperoleh.

Keselamatan pelajar di kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua pihak, terutamanya para pemandu yang perlu lebih berwaspada dan prihatin. Perlahankan kenderaan anda (nasihat kepada diri sendiri juga).



Jika anda memerlukan nasihat lanjut berkaitan kemalangan jalan raya atau isu perundangan lain, boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60175545797/NDSLaw.

22/04/2025

Assalamu’alaikum, kalau tuan/puan ada pm/whatsapp kami berkenaan apa-apa pertanyaan atau urusan guaman, minta tolong terus hantar ringkasan soalan lepas beri salam ya. Jangan bagi salam/gambar tanpa apa-apa penceritaan.

Bimbang kalau terbuka masa tengah busy mesej tuan/puan terus ke bawah dan takde kata kunci untuk kami cari kembali. Maaf ya kalau ada terlepas pandang. Boleh whatsapp/pm lagi sekali.

www.wasap.my/60175545797/NDSLaw

Terima kasih. 🙏🏻

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60102771159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NDSLaw posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category