Aimee & Zaim Arif

Aimee & Zaim Arif Law Firm

Tetuan Aimee & Zaim Arif bertindak sebagai peguam yang mewakili kumpulan ahli dan peneroka Koperasi Permodalan FELDA Mal...
06/09/2026

Tetuan Aimee & Zaim Arif bertindak sebagai peguam yang mewakili kumpulan ahli dan peneroka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dalam usaha mendapatkan penyelesaian terhadap isu tuntutan penebusan saham yang masih tertunggak.

Perkara ini bukan sekadar berkaitan angka atau transaksi kewangan. Ia melibatkan hak dan kepentingan ahli koperasi, termasuk peneroka, pesara, warga emas serta balu peneroka yang bergantung kepada dana tersebut.

Dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam dan jumlah tuntutan yang signifikan, setiap langkah perlu dilaksanakan dengan ketelitian, strategi dan integriti — berpandukan undang-undang serta proses kehakiman yang sewajarnya.

Tetuan Aimee & Zaim Arif komited untuk memastikan hak anak guam kami dipertahankan melalui saluran undang-undang yang sah dan berprinsip.

Kerana bagi kami, amanah seorang peguam bukan sekadar mewakili — tetapi berdiri bersama anak guam apabila hak mereka perlu dipertahankan.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus membina Malaysia yang ...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus membina Malaysia yang lebih adil, harmoni dan bersatu.
Semoga semangat Merdeka terus menjadi inspirasi untuk kita menjunjung keadilan, integriti dan keharmonian bersama.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! ❤️🤍💙💛

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus membina Malaysia yang...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus membina Malaysia yang lebih adil, harmoni dan bersatu.
Semoga semangat Merdeka terus menjadi inspirasi untuk kita menjunjung keadilan, integriti dan keharmonian bersama.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! ❤️🤍💙💛

28/08/2026

Ketiga-tiga bekas PM di bawa ke mahkamah dengan berlainan pendakwaan.

Namun, ulasan kami kes Dato’ Sri Ismail Sabri sesuatu yang berbeza. Kes itu bukan lah pendakwaan rasuah atau AMLA tetapi di bawah kegagalan mematuhi notis pengisytiharan harta.

24/08/2026

Tetuan Aimee & Zaim Arif is pleased to be part of Think Business, Think Hong Kong, an exciting platform that brings together businesses, industry leaders and professionals to exchange ideas and explore new opportunities.

Our participation reflects our commitment to staying connected with the evolving regional business landscape, while creating meaningful relationships and exploring potential collaborations beyond Malaysia.
We look forward to gaining valuable insights, connecting with new partners and discovering opportunities that can pave the way for future growth. 🤝🌏

Building connections today, creating opportunities for tomorrow.

Tetuan Aimee & Zaim Arif menziarahi Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9 di pejabat beliau hari ini.Semoga Dato’ Sri dibe...
21/08/2026

Tetuan Aimee & Zaim Arif menziarahi Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9 di pejabat beliau hari ini.

Semoga Dato’ Sri diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Not everyone is built for chambering😎We’re looking for someone resilient, meticulous, curious, and brave enough to take ...
14/08/2026

Not everyone is built for chambering😎

We’re looking for someone resilient, meticulous, curious, and brave enough to take on the challenge.

Think you’re that person?

Send us your resume.

Kenyataan Rasmi: Kemungkiran Kontrak dan Tindakan Undang-Undang terhadap Radius OEM Manufacturing Sdn. Bhd. serta Pihak-...
11/08/2026

Kenyataan Rasmi: Kemungkiran Kontrak dan Tindakan Undang-Undang terhadap Radius OEM Manufacturing Sdn. Bhd. serta Pihak-Pihak Berkaitan

Tarikh: 12 Ogos 2026
Masa: 10:00 pagi hingga selesai
Tempat: Aimee & Zaim Arif, A-1-6 Blok A, Ostia Bangi Business Avenue, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Brendon Gan melalui nombor talian 017-7649912

Rakan-rakan media adalah dijemput untuk menghadiri sidang media ini.

Tetuan Aimee & Zaim Arif

Pihak-pihak kepada sesuatu kontrak adalah diwajibkan untuk melaksanakan segala terma, perjanjian dan tanggungjawab yang ...
10/08/2026

Pihak-pihak kepada sesuatu kontrak adalah diwajibkan untuk melaksanakan segala terma, perjanjian dan tanggungjawab yang telah dipersetujui secara bersama. Kegagalan untuk melaksanakan obligasi tersebut, atau berlakunya kemungkiran kontrak, boleh menyebabkan pihak yang ingkar dikenakan tindakan undang-undang bagi memulihkan kedudukan pihak yang terkesan atau terkilan.

Dalam hal ini, Puan Nur Syahidatul Najwa, atau lebih dikenali sebagai Mekdinda, seorang pempengaruh dalam industri kosmetik dan kecantikan yang mempunyai anggaran keseluruhan 700,000 pengikut di pelbagai platform media sosial, telah menjadi mangsa kepada satu isu kemungkiran kontrak yang dipercayai telah menyebabkan kerugian peluang perniagaan sehingga RM110,000.

Sehubungan itu, satu sidang media rasmi akan diadakan bagi menjelaskan fakta-fakta berkaitan perkara ini, memberikan penerangan kepada pihak media dan orang awam, serta mengelakkan sebarang salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak.

Butiran sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Aimee & Zaim Arif, A-1-6 Blok A, Ostia Bangi Business Avenue, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Pihak media, rakan-rakan industri, serta mereka yang berkenaan adalah dijemput hadir untuk mengikuti penjelasan rasmi yang akan disampaikan.

10/08/2026

boleh nak settlekan urusan rumah dalam masa sebulan…. tapi ada syarat-syaratnyaa, tengok video ni sampai habis😉

Address

A-1-6, Block A, Lobby 2, Ostia Bangi Business Avenue, Section 14
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601131779101

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aimee & Zaim Arif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share