07/05/2026
Surat Akuan Pengesahan Pendapatan ini merupakan satu dokumen rasmi untuk mengesahkan pendapatan bulanan atau purata pendapatan seseorang individu dalam keadaan yang berikut :
1) Tidak mempunyai slip gaji dari majikan contohnya Ejen Hartanah, Ejen Insuran, pekerja separuh masa dan lain-lain pekerjaan yang tiada slip gaji
2) Tidak mempunyai pendapatan yang tetap seperti pekerjaan yang berdasarkan upah harian atau berdasarkan sesuatu projek
3) Tidak bekerja atau seorang suri rumah sepenuh masa
4) Peniaga diatas talian
Surat akuan pendapatan diperlukan sebagai bukti dan dokumen pengesahan kepada pendapatan mereka.
Akuan pendapatan ini diperlukan untuk pelbagai urusan seperti permohonan loan, permohonan apa-apa bantuan, urusan persekolahan anak-anak dan pelbagai lagi urusan yang memerlukan individu tersebut menyatakan bukti pendapatan mereka.
Butiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:
Nama
No. Kad Pengenalan
Alamat
Pekerjaan
Pendapatan sebulan
Tujuan Surat Akuan
Tandatangan individu
Datang ke Pesuruhjaya Sumpah Ayer Itam untuk mengesahkan dokumen anda.